Header Ads

ads header

Flash News

Isham Jalil didesak mohon maaf burukkan Muhyiddin, laga UMNO-Bersatu


KUALA LUMPUR –
Bersatu Bahagian Gombak hari ini mendesak Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil memohon maaf kepada Presiden parti itu selepas didakwa cuba memburukkan imej dan integriti Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah, baru-baru ini.

Ketuanya, Muhammad Nizam Abd Lah Sani melihat tindakan Isham itu tidak lebih seperti musuh dalam selimut yang cuba merosakkan kerjasama parti komponen di dalam Perikatan Nasional (PN).

“Buktinya adalah intipati ceramah beliau yang diviralkan di media sosial di mana beliau mengadu domba atau melaga-lagakan Bersatu dengan UMNO dengan cuba menghakis keyakinan hadirin dengan kemampuan Tan Sri Muhyiddin membawa kemenangan dalam PN.

“Manusia apakah ini yang menghasut UMNO dan Bersatu untuk benci dan berbalah antara satu sama lain melalui hujah-hujah yang berasaskan fakta yang diseleweng?

“Justeru, kami menuntut supaya Isham Jalil memohon maaf kepada Perdana Menteri dan seterusnya kembali kepada landasan asal semangat kerjasama erat PN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mendakwa wujud musuh dalam selimut yang mahu memecah-belahkan orang Melayu dan menggagalkan penyatuan ummah dalam PN.

Menurut Wan Saiful, musuh dalam selimut itu aktif menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk terhadap Perdana Menteri.

Muhammad Nizam melihat tindakan Isham juga tidak ubah seperti suara pembangkang yang mana beliau didakwa mahu PN tewas dalam PRU15 disebabkan berbalah antara satu sama lain.

“Lebih baik isytihar masuk pembangkang daripada gagal berperanan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor yang tidak menghayati roh perjuangan PN ke arah penyatuan dan perpaduan dalam kalangan parti komponen PN.

“Motif mereka yang khianat kepada semangat ukhuwah PN serta untuk pecah-belahkan kerjasama erat parti komponen parti wajar disiasat dan tindak-tanduk mereka perlu dibanteras segera,” katanya lagi.

#Sumber :  – MalaysiaGazette  

MR :  Perosak gabungan perlu diambil perhatian  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Parti Bunga dah mula tunjuk lagak. korang penyebab dap memerintah 22 bulan alih2 orang lain kena minta maaf. apa hal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan Bersatu jugalah penyebab UMNO dan PAS dapat memerintah balik.. tu taknak ucap terima kasih ke.. naik lemak plak UMNO dan PAS ni.. sekali Bersatu join balik PH baru meniarap biawak geng2 UMNO PAS ni..

      Padam
    2. itulah harapan aku n ramai lagi kecuali macai yidin n the gang. kembalilah ke pangkuan atok n dapigs because there is where they truly belong

      Padam
    3. Pada awalnya, umno dan pas tak kisah pun nak tubuh kerajaan bersama bersatu,parti mahathir. Mrk dah letak syarat, asalkan x bersama dgn dap.Umno dan pas x tergila2 pun nak ambik kerajaan Masa tu. Umno dan pas dah kuat dalam MN. Bersatu nk balik join ngan dap, silakanlah.

      Padam
  2. Sepatutnya mana2 rakyat Malaysia yg dah mendaftar menjadi ahli pada mana2 parti politik hilang kelayakan mengundi sbb kita dah tau mereka akan sokong siapa.. bagilah undi tu kepada rakyat yg tak sokong mana2.. mereka ni yg akan menilai dari masa ke semasa siapa dan parti mana yg terbaik utk memimpin dan memerintah.. barulah kurang sifat taasub yg membabi buta tu.. rakyat ni biasanya akan hilang kecerdikan dia bila dia dah jadi ahli mana2 parti politik.. dan bangang pun tumbuh mekar berbunga2..

    BalasPadam