Header Ads

ads header

Flash News

'Jangan lupa kita calon jenazah', anak Zahid sindir Anwar


KUALA LUMPUR, 24 Sept
— Anak sulung presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar parlimen dibubarkan selepas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan mahu membentuk kerajaan baru.

Datuk Nurulhidayah Zahid berkata ketika ini ada individu yang sibuk inginkan jawatan perdana menteri, namun lupa ajal semakin menghampiri.

“Ada juga orang sibuk cari calon perdana menteri. Jangan lupa yang kita ini semua calon jenazah.

“Ini semua dunia,” catatnya di Instagram, dengan tanda pagar ‘bubar sahaja’ dan ‘siapa setuju bubar sila angkat tangan’.

Anwar dalam sidang media di Hotel Le Meridien di sini semalam mengumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas beliau memiliki sokongan majoriti ahli parlimen Melayu-Islam untuk membentuk yang baru.

Tidak mendedahkan jumlah sokongan, Anwar berkata beliau sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin namun ditangguhkan kerana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih gering dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengumuman dibuat ahli parlimen Port Dickson itu sehari selepas tarikh mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan dua hari terakhir sebelum mengundi Sabtu ini.

#Sumber :  MM  

MR :   Semuanya akan kekubur..  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan