Header Ads

ads header

Flash News

Jerat Malaysiakini kepada Menteri Dr Zulkifli Mohamad gagal


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad enggan memberikan pandangannya ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin ulama PAS yang didakwa menghina Kristian baru-baru ini.

Ditemui pemberita di Pengkalan Chepa hari ini, Zulkifli berkata dia kesuntukan masa dan perlu ke tempat lain untuk menghadiri program berbeza.

"Yang itu no comment...no comment (tak ada komen) dululah.

"Cukuplah dulu, ambe (saya) kebetulan nak balik (jam) 6.50 (petang), jadi nak pergi dua tiga tempat lagi.

"Lain kali ambe jawab semua soalan," katanya sekali gus mengakhiri sidang media pada majlis perasmian Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera di Masjid as-Salam di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Hadir sama merasmikan program itu Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh, yang mendakwa kitab Injil dipesongkan atau diubah.

Nik Zawawi yang juga anggota parlimen Pasir Puteh berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang berkaitan hukuman memandu mabuk.

Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) kemudian kenyataan Nik Zawawi itu tidak tepat kerana agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak sehingga memabukkan.

Nik Zawawi bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan itu dan enggan meminta maaf sambil menganggap tiada pihak yang patut tersinggung dengan kata-katanya itu.

MR :   Mana-mana orang Islam tak akan kata Injil sekarang betul, Tanya Menteri Agama untuk buat persepsi adalah kerja jahat! 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Jom seru supaya malaysiakini dimampuskan

    BalasPadam
  2. Bible bukan Injil..
    Injil Taurat Zabur dan Quran..adalah kitan suci. Tiada penyelewengan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Old testament boleh pakai, new testament takleh pakai.

      Padam
    2. Mana original old testament..masih ada lg ke?

      Padam
  3. antara 4 kitab dlangit ..ALQURAN telah dijamin ALLAH hingga kiamat keasliannya dan kehebatan ILMU dan Kebenaran didalamnya...malah ALLAH pernah mencabar manusia membuat selain dari ALQURAN walaupun ditambah lautan sungai sebagai DAKWAT dn pohon kayu sebagai pena...NESCAYA manusia GAGAL.

    BalasPadam
  4. Jika DAP mahu menjadikan Bible sebagai isu panas, saya cabar DAP berbahas dengan saya di atas pentas di hadapan penonton Islam dan penonton kafir secara live.

    Jika DAP bersetuju, saya boleh aturkan perbahasan ini.

    Sekian, Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Seorang lagi menteri agama Islam yg gagal sepenuhnya.. padahal boleh je jawab menyokong PAS dan menyatakan yg injil tu dah diubah sbb dalam quran pun dah berkias tentangnya.. apabila menteri meletakkan kedudukan dan kekuasaan dunia mengatasi agamanya maka dia akan sanggup berdiam diri.. Mujahid yg dianggap kononnya pro kafir pun berani menjawab semua persoalan walaupun dikecam puak2 Islam.. nampak sgt menteri agama berlepas tgn dan menyerahkan puak2 PAS menyelesaikannya sendiri padahal seagama dan sealiran politik dgnnya.. kalau setakat jadi menteri nak jawab soal2 fekah je baik ambik ustaz2 je jadi menteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa bukankah dia kata dia akan jawab. Kita bukannya macam PH semua nak jawab secara gelojoh, bila salah cakap mulalah u turn sana sini. Macam kes LGBT

      Padam
  6. timbul issue bible ni sebab pasal mabuk. puak kaki mabuk apa sekali pun mereka akan pertahankan walau apa cara pun termasuk menggunakan agama untuk menghalalkan konon agama tak menghalang minum arak/alkohol. adakah agama/bible menggalakkan umatnya mabuk. aku tak komen pasal bible sebab tak ada faedah bercakap dgn depa parti anti islam.....................

    BalasPadam