Header Ads

ads header

Flash News

Kebun haram: MCA tunggang nama permuafakatan!


BANGI, 19 Muharram 1442H, Isnin
 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) secara sinis menyindir ahli politik Melayu dengan mendakwa mereka lebih gemar menang bersorak namun kampung tergadai.

Menerusi hantaran di Facebook, PEMBELA mendakwa, ahli politik Melayu seolah-olah cuba menutup hakikat bahawa MCA juga berusaha sebagaimana DAP membela penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang.

“Berapa ramai yang tahu MCA sedang bergerak di belakang tabir berjumpa dengan exco negeri untuk berunding macam-macam?

“Dan exco negeri tersebut adalah dari parti Melayu yang ‘menang bersorak’ itu tadi,” katanya sinis.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata demikian merujuk kepada perjumpaan Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker bersama-sama Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Aziz Mat Kiram yang difahamkan cuba mencari jalan penyelesaian berhubung isu penceroboh tanah kerajaan negeri Pahang.

Terdahulu, Lian Ker berkata, sementara ada pihak cuba mengeksploitasi dan memomokkan peneroka-peneroka dengan memutar belitkan isu di luar perspektif semata-mata atas naratif perkauman, pihaknya bersama-sama exco tempatan cuba mencari penyelesaian dengan memberi pertimbangan kepada sosioekonomi.

“… dan perundangan melalui perspektif yang sihat, secara hemah dan positif. Syabas kepada permuafakatan!,” katanya.

Dalam perkembangan sama, PEMBELA merayu kepada parti politik Melayu supaya jujur dalam perjuangan mereka.

“Tolonglah jujur dalam perjuangan. Lihatlah apa yang berlaku dalam isu UEC, isu sekolah vernakular, kempen BMF dan sebagainya. Depan cakap lain, belakang buat lain.

“Akhir sekali, apabila pilihan raya, beri kerusi majoriti Melayu untuk diwakili bukan Melayu. Hipokrit,” tegasnya.

Sumber : IsmaWeb   
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. dah sampai masa system demokrasi ditamatkan.

    semua yg bergelumang dlm mangkuk jamban yg dipanggil demokrasi harus dijatuhkan.

    kalau nak diteruskan juga amalan ni... maka masalah manusia tak bertanggungjawab dan tamak tetap akan wujud.

    walaupun di dalam gerakkan islam.

    BalasPadam
  2. Bodoh punye bangsa babi sepet
    Dah ceroboh nk pulak tanah
    Babi
    Klu mcm to aku ceroboh rumah ko lepas to ko bgi aku rumah ko,,boleh ke babi....
    Jgn dilayan sepet bodoh nie
    Nanti kte pown jadi bodoh
    Dh stop bagi tongkat kat bangsa oku nie(sepet)...
    Bangsa laen boleh je cri tanah sendri
    Yg bangsa sepet nie nk tanah free dh knape??
    Bodoh babi

    BalasPadam