Header Ads

ads header

Flash News

Kedai serbaneka Ebit Lew engkau pecah masuk, kalau tak ada duit kenapa tak minta aje


Kedai serbaneka milik pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew di Dataran Villa Putra, Sungai Buloh, di Kuala Lumpur dipecah masuk awal pagi ini dan mengalami kerugian lebih RM4,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata kejadian disedari penolong pengurus kedai itu kira-kira 8 pagi selepas mendapati wang tunai di dalam peti besi di premis itu hilang.

Beliau berkata pemeriksaan di premis berkenaan oleh pemilik kedai mendapati tingkap di bahagian tandas terbuka dan besi penutup tingkap yang ditinggalkan telah ditemukan.

"Antara barang yang turut didapati hilang ialah wang tunai berjumlah RM3,600, beberapa tin susu, cokelat, gula-gula serta Panadol.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedai berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan dua lelaki memakai topi keledar memasuki premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Hari ini, Ebit Lew menerusi status dimuat naik di akaun Facebook miliknya menyuarakan kesedihannya susulan kejadian itu. 

"Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sg. Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi.
 
"Ada rakaman CCTV, dua lelaki pakai topi keledar," katanya menerusi satu entri di Instagram.
 
Ebit turut berkongsi sekeping foto keadaan kedainya yang dipecah masuk.

Difahamkan, sejumlah wang tunai dan barangan jualan berjaya dibawa keluar suspek.
 
Biarpun sedih, Ebit dalam entri berkenaan, menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.
 
"Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya.
 
"Pohon doa semua ya, biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.
 
"Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik," tulisnya.
 
Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan musibah yang melandanya.
 
"Silap oranglah siapa yang pecah masuk tempat Ustaz Ebit. Ramai yang doakan ni, doa orang teraniaya makbul. Semoga ada hikmah," tulis salah seorang pengikutnya.
 
MR :  Allah menguji dengan musibah..  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. 4 tanda ahli Syurga ;
    1. manis wajahnya
    2. baik lidahnya
    3. bersih hatinya
    4. ringan tgnnya (suka membantu)
    Sejuk mata bila memandang wajah ust Ebit.

    BalasPadam