Header Ads

ads header

Flash News

Kemenangan luar jangkaan GRS kata penganalisis


SHAH ALAM -
Kemenangan majoriti mudah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam merupakan satu kemenangan luar jangkaan.

Ini kerana Warisan Plus yang terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk kekal sebagai kerajaan negeri.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, peralihan undi di kawasan pantai barat serta kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) menjadi penyumbang kepada kekalahan Warisan Plus.

“Sentimen pantai barat melawan pantai timur berjaya dimainkan untuk menyerang Warisan menerusi naratif Warisan parti pantai timur yang ‘mesra PATI (pendatang asing tanpa izin)’.

“Undi KDMR yang beralih dilihat sebagai menghukum calon UPKO kerana melompat ke Warisan.

“Isu PATI yang menjadi inti pati berkempen kepada kelompok itu tidak berjaya ditangani oleh calon Warisan Plus terutamanya UPKO,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mujibu berkata, keputusan yang diumumkan semalam menunjukkan STAR dan PBS kembali menjadi pilihan KDMR.

Menurutnya, undi orang Bajau Darat juga kembali kepada BN dan PN kerana sebahagian besar mereka sebelum ini memihak kepada Warisan pada PRU14.

“Warisan hilang kerusi yang signifikan di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, Warisan berjaya merampas kubu kuat BN di Sebatik, sekali gus memperlihatkan peningkatan sokongan orang pantai timur kepada Warisan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berpandangan bahawa kemenangan GRS bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pada PRU14 lalu, BN sudah menguasai negeri itu sebelum beberapa wakil rakyat BN melompat parti ke Warisan.

Beliau berkata, kemenangan GRS menunjukkan rakyat Sabah mahu sebuah kerajaan negeri yang satu kapal dengan kerajaan Persekutuan demi kebaikan mereka sendiri terutama pembangunan fizikal.

“Banyak calon yang melompat parti sebelum ini telah kalah.

“Ini satu pengajaran kepada mereka kerana rakyat hari ini lebih bijak dan pandai menilai demi kepentingan mereka,” katanya.

#Sumber :  SH  

MR :   Ramai yang tak menduga dengan kedudukan GRS masih bercanggah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan