Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Dr Rozaimi dan Aiman Athirah bodoh nak faham analogi cerita hud-hud Ustaz Hashim?


Saya hadir dan mendengar sendiri ucapan al-Fadhil al-Mursyid al-Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, yang disampaikan ketika perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak pada hari Sabtu 29 Ogos lepas.
Tuan Guru membawa kisah burung belatuk (hud hud) dalam kisah Nabi Sulaiman alaihis salam yang dirakamkan dalam surah al-'Ankabut ayat 15 hingga ayat 44.

Burung hud hud melanggar perintah Nabi Sulaiman AS, yang memerintahkan semua bala tentera Baginda AS yang terdiri daripada jin, manusia, burung-burung agar berhimpun.

Ketika pemeriksaan barisan dilakukan, didapati burung hud hud tiada. Lalu Nabi Sulaiman AS berkata:
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

Sebab hud hud tidak hadir adalah kerana ia berada di negeri Saba', memerhatikan kaum yang dipimpin oleh seorang wanita sujud menyembah matahari dan tidak menyembah Allah subhanahu wa ta'ala.

Ringkas cerita, akhirnya Raja Perempuan Saba' tunduk kepada kekuasaan Nabi Sulaiman AS dan memeluk Islam:
Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".

Ibrahnya, walaupun hud hud buat kesalahan tidak hadir dalam perbarisan tentera sehingga nyaris dikenakan hukuman berat daripada Nabi Sulaiman AS, namun hud hud ada alasannya, dan akibat daripada 'kesalahan' hud hud melanggar SOP itu, Nabi Sulaiman AS berjaya mengIslamkan seorang Raja Perempuan dan menundukkan kekuasaan sebuah negeri sehingga berada di bawah pengaruh pemerintahan Nabi Sulaiman AS.

Adakah hud hud bersalah kerana melanggar arahan supaya berhimpun? Jawabnya ya, ia bersalah kerana tidak berhimpun dan tiada dalam perbarisan.

Jadi adakah hud hud wajar dikenakan hukuman yang berat? Jawabnya Nabi Sulaiman AS mempertimbangkan alasan hud hud dan tidak terus menjatuhkan hukuman atas alasan melanggar SOP.

Jadi itulah analogi Tuan Guru al-Mursyid al-Am kepada kes Dr. Khairuddin, Menteri Komoditi yang terlanggar SOP kerana tidak kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Jadi mari sama-sama kita fikir:

Adakah melanggar SOP itu satu kesalahan? Ya satu kesalahan.

Adakah kita perlu pertahankan kesalahan orang yang langgar SOP, hanya kerana dia kawan kita?
Tidak, adililah dia dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Adakah beliau dikenakan hukuman? Ya, beliau telah dikenakan hukuman dan beliau mengambil tanggungjawab untuk memulangkan 4 bulan gaji.

Implikasi Dr. Khairuddin yang tidak kuarantin itu, apakah beliau menjadi sebab kepada penularan virus Covid? Tidak, tak ada pun kluster takiri, takanan, tatengah, tadepan ataupun tabelakang.

Menilai prestasi Dr. Khairuddin sebagai menteri, adakah beliau 'perform'?

'Performance' beliau yang wajar dipuji ialah kejayaan beliau melonjakkan harga komoditi sawit lebih tinggi daripada menteri sebelum beliau (anda boleh tanya orang yang ada kebun sawit dan buatlah perbandingan).
Yang terakhir, adakah Dr. Khairuddin wajar disiksa dan disembelih (letak jawatan menteri) seperti desakan daripada musuh politik beliau, terutamanya daripada orang 'kafir' yang 'jujur' dengan kes terowong ghaib dan 'lundingan telus'?

Beliau 'perform' dalam kementerian beliau;

Beliau terlanggar SOP kerana giat bekerja untuk negara dan rakyat;

Tak nampak pun beliau sibuk berpolitik dan buka pekung mendedahkan kelemahan menteri sebelum beliau;
harga sawit naik dan rata-rata pekebun puas hati dengan prestasi Kerajaan PN berbanding sebelumnya;

Tiada pun kluster Covid yang melibatkan beliau;

Beliau bukan buat kesalahan syariah seperti meliwat, zina, minum arak sehingga perlu dijatuhkan hukuman hudud dan qisas;

Beliau bukannya songlap duit rakyat ataupun buat projek ghaib yang belanja menelan bilion;

Beliau dah dikenakan tindakan dan bertanggungjawab di atas kesalahan;

Kesalahan beliau hanya tak ikut SOP kuarantin 14 hari .... dan beliau sudah pun kena hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Jadi isunya wajarkah hud hud Takiri ini disiksa dengan siksaan yang berat ataupun disembelih atas kesalahan langgar SOP?

Soalan ini masing-masing tanya iman dan jawablah sendiri, masing-masing nak jadi hakim, tapi adakah hukuman kita adil umpama adilnya Nabi Sulaiman yang memutuskan hukuman terhadap kes hud hud?

Kesimpulannya, poin Tuan Guru al-Mursyid al-Am dalam analogi ini bukanlah untuk membela atau mempertahankan kesalahan Dr. Khairuddin yang melanggar SOP tapi lebih kepada bertanyakan pendirian ahli PAS adakah wajar untuk hanya berdiam dan tunduk dengan desakan pihak lawan yang mahukan Dr. Khairuddin dikenakan hukuman yang lebih berat seterusnya melepaskan jawatan sebagai menteri, ataupun memberi sokongan kepada beliau untuk 'move on' dan teruskan tanggungjawab sebagai menteri, setelah beliau sendiri akur dengan kesalahan dan menerima tindakan.

P/S: Kepada Dr. Rozaimi yang dirahmati dan para pembaca yang sudi baca certot ini sampai la ke perenggan ini, saya mengajak untuk bersama-sama mengaminkan doa ini:

اللهم أرنا الحق حقا و ارزقنا اتباعه, و أرنا الباطل باطلا و ارزقنا اجتنابه، و لا تجعله ملتبسا علينا فنضل و اجعلنا للمتقين إماما.

Ya Allah! Bagilah kami nampak kebenaran itu jelas nampak benarnya dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, dan bagilah kami nampak kebatilan itu jelas nampak batilnya dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya, dan jangan bagi ia nampak samar-samar terhadap kami lalu kami pun tersesat, dan jadikanlah kami imam kepada golongan bertaqwa.

Rif'aat Razman.


#Sumber : FB  dan Tajuk artikel ini adalah tanggungjawab MindaRakyat  

MR : penggunaan perkataan bodoh nampak kasar tapi banyak ayat Quran guna bodoh untuk orang hebat ilmuntya seperti Karun dan Firaun kerana jahil dan rasa besar diri   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Kalau nak jadi baik, jauhi dari 2 ini:

    1. Wahabi
    2. Malaysiakini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak jadi baik berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah.. jauhi pemimpin2 yg menganggap dirinya lebih betul dari keduanya itu..

      Padam
  2. Zaman nabi dulu pun belambak dah macam dua ekoq ni. Jgn heran la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mereka hidup dizaman Nabi pasti mereka berdua diangkat menjadi antara sababat baginda.. mengajak manusia kearah kebaikan dan menyeru manusia menjauhi segala perkara mungkar...

      Padam
    2. Mad syabu angap Nabi Muhamad sebagai pelarian ada hati nak jadi sahabat Nabi.. Tak kurang juga Khalid Ayam berkata Nabi pun tak tunai janji.. Nasib baik Hanifah Maidin tak jadi tuhan...

      Padam
  3. Pembunuhan karakter. Inilah modus operandi PH.
    Mereka bukannya mencari solusi, tetapi mereka mengambil kesempatan atas kesilapan orang.
    Apakah dengan letaknya jawatan Dr. Khairuddin akan membawa kebaikan kepada rakyat? Jawabnya tidak, kerana segala perubahan ketua akan membantutkan progress yang telah dicapai selama ini.

    Di sinilah saya minta untuk kematangan pembaca dan rakyat marhaen untuk menilai sebenar sikap PH dan penyokong mereka.

    Kita mahu pegawai-pegawai kerajaan kita, samada tinggi atau rendah utk fokus terhadap solusi dan bukannya kontroversi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu tak maknanya tak kisahlah kalau menteri nak langgar apa2 undang2 asalkan membawa kebaikan utk rakyat.. tak kisahlah nak mencuri ke.. merompak ke.. membunuh ke.. asalkan semua yg dilakukan itu membawa kebaikan pada rakyat.. rakyat mana yg menerima itu sebagai kebaikan? dan sejak bila pula pembunuhan karakter hanya menjadi modus operandi PH? tak ingat ke bagaimana dulu sewaktu jadi pembangkang PN ni mengecam Mat Sabu.. mengecam Mahathir.. mengecam LGE.. mengecam Syed.. ingatlah matlamat tak menghalalkan cara.. ini cara orang2 syiah..

      Padam
    2. Bukan ke Menteri tu dah dikenakan denda KKM iaitu maksimum RM 1000, MAKSIMUM dan masih disiasat polis wahai penyokong tegar DAP/PH, cerita tak habis lagi dah melompat sana sini.

      Padam
    3. 6.07, betulla tu, menteri yg buat salah,ko suruh letak jawatan. Tapi bekas perompak, penyamun, yg banyak naya kat rakyat 22 tahun, ko boleh pulak maafkan dia, siap ko lantik dia jadi pm lagi. Sepatutnya, awal2 lagi ko dah buang dia.

      Padam
    4. 6.07 betulla tu, menteri yg buat salah, ko suruh letak jawatan. Tapi perompak, penyamun duit negara, duit rakyat selamat 22 tahun, ko boleh pulak maafkan dia, siap ko lantik dia jadi pm lagi utk curi duit negara dgn kroni2 dia & geng mata sepet.

      Padam
    5. 10.45.. ade tak ditulis disuruh letak jawatan? Ke ko yg reka2 sendiri.. itulah perangai geng2 taksub ni.. yg orang tak tulis tulah dia nak kondem.. masalahnya sekarang mereka2 yg menyamun dan merompak duit rakyat selama 22 tahun tu majoritinya masih ada dalam PN sekarang ni.. ini fakta.. takkkan ko nak maafkan pulak diorang ni.. takkan Mahathir sorang je yg rembat duit.. takkan ko dah lupe dgn Nazri.. Najib.. Zahid.. Adnan.. Musa Aman.. tu pun semua jenis penyangak.. tunggu mase je nak diorang nak rembat lagi duit negara.. kene pulak dapat PM sekarang ni yg tak kuat dan tegas.. lagi hepilah diorang nanti.. ke kalau melayu buat ko okay je... asal jgn mata sepet..

      Padam
    6. Kepala ngan pemandu keretapi bawak penumpang kemana dia nk pegi, jadi penumpang memang syok la. Jom kita cari pemandu yg bukan perompak atau penyamun.

      Padam
  4. cuma Dr. Khairuddin terlambat membuat mohon kemaafan diatas kealpaannya melanggar sop kuarantin 14 hari yang sepatutnya dia jalani, dan telah mohon kemaafan dan telah didenda diatas kesalahan itu.
    sudahkan puak2 ph, lebih2 lagi bekas presidennya/bekas pm dan bekas menteri kewayangan memohon maaf kepada kepada rakyat yang telah memberi mandat pru14 kerana melanggar manifesto yang telah janjikan. dan cuba mempertahankan tindakan mereka, bila pihak lain buat dituduh macam2.
    bak bata pepatah kena batang buruk sendiri bisu seribu bahasa, bila kena orang lain bagai runtuh gunung titiwangsa.
    kepada kerajaan pn teruskan usaha2 memulehkan negara dan ekonomi untuk keselesaan rakyat. mandat rakyat telah diruntuhkan olih kerajaan dahulu(ph), mandat rakyat dah tak relevan lagi untuk pru14, agong mewakili rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan sekarang.

    BalasPadam
  5. Menteri dah dah mengaku salah dan telah dihukum.Lebih2 lagi menteri pulangkan 4 bulan gaji walaupun itu bukn hukuman.Tadak orang kata menteri tak salah. Jadi, apa lagi yang nak pertikaiakn.Tidak sama dengan mencuri,merompak dan membunuh.
    Jika bodoh,mohon jangan berhujah tunjuk bodoh. Menteri PH rasuah dan songlap duit rakyat, tadak pulak nak balun dengan kes bunuh rompak.Banyak dedak dalam mulut

    BalasPadam
  6. Puak Pakatan haramjadah (PH) tak ada isu.. Perangainya sama Atok.. Benda kecil akan diulang² sampai orang percaya.. PH meroyan kena tipu oleh Atok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siape yg dok ulang2.. kan mursyidul PAS yg tak abis2 lagi tu.. Khairudin dah mengaku salah dan kene denda dah tapi mat mursyidul ni sibuk lagi nak cakap Khairudin tu dipihak yg benar.. tu yg kene tegur dgn Rozaimi.. benda kecik kalau selalu sgt buat akan jadi benda besar.. daripada orang suka jadi orang menyampah nanti...

      Padam
  7. 6.07 betulla tu, menteri yg buat salah, ko suruh letak jawatan. Tapi perompak, penyamun duit negara, duit rakyat selamat 22 tahun, boleh pulak ko maafkan dia, siap ko lantik dia jadi pm lagi utk curi duit negara, duit rakyat dgn geng kroni2 dia & geng mata sepet.

    BalasPadam