Header Ads

ads header

Flash News

Ketua menteri baru Sabah angkat sumpah pagi esok - Siapa belum tentu lagi?


Majlis mengangkat sumpah bagi jawatan ketua Menteri Sabah yang baru akan diadakan pagi esok di Istana Negeri Sabah.

Bagaimanapun, identiti pemimpin yang akan mengangkat sumpah jawatan itu masih belum didedahkan kepada umum.

"Untuk makluman majlis angkat sumpah ketua menteri akan berlangsung pada 29 Sept 2020 di Istana Negeri Sabah," kata Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Kenyataan itu memetik sumber dari Istana Negeri tetapi tidak mendedahkan Adun yang akan dilantik sebagai ketua menteri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin.

Semalam BN Sabah dan Perikatan Nasional (PN) Sabah gagal mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri setelah kedua-dua gabungan itu mengadakan pertemuan.

Susulan itu, Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin dan Pengerusi Bersatu, Hajiji Mohd Noor menemui Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin petang semalam.



BN dan PN Sabah merupakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi 38 kerusi pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Gabungan itu juga mendakwa mendapat sokongan tiga Adun bebas.

Semalam Bung memberitahu pihak media bahawa mereka telah meminta Juhar membuat keputusan mengenai calon bagi ketua menteri Sabah.

Menurut Bung, Juhar mengatakan dia memerlukan masa untuk membuat keputusan tetapi akan melakukannya secepat mungkin.

Sementara itu, penyokong Warisan berpendapat parti itu harus diberi peluang untuk membentuk kerajaan negeri disebabkan parti pimpinan Shafie Apdal itu paling banyak memenangi kerusi Dun iaitu sebanyak 23 kerusi.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Mengikut adab dan akhlaq,,umno bn diberi keutamaan jawatan km sabah..ini kerana..
    - dikalangan GRS,,umno paling banyak menang. Manakala ppbm terbanyak dikalangan pn,,jgn kita lupa, bukan pn sahaja yg mewakili grs untuk merampas sabah dari warisan.
    - ppbm banyak dapat kerusi adalah ihsan dari umno,,banyak dari kalangan ppbm adalah adun umno yg jadi katak selepas pru 14. Sepatutnya dun lompat ini adalah milik umno.
    - lihat di perak, ppbm hanya ada lapan kerusi,tp umno bermurah hati serah kerusi mb kpd ppbm.
    Jadi, ppbm,,terutamanya tsmy,,please,,jgn lupa diri. Elakkan tamak,,raikan persefahaman demi memajukan negara dan kemakmuran rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mengapa, hari ini hari kita bila time dia siap le kau mat "bunga raya"

      Padam
  2. Saya pun mahu cari tempat pinjam duit ni

    BalasPadam