Header Ads

ads header

Flash News

Krisis air: MB Selangor, Exco perlu letak jawatan


BANGI, 17 Muharram 1442H, Sabtu – Menteri Besar Selangor dan Exco digesa meletakkan jawatan atas kegagalan menguruskan krisis air di negeri ini.

Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi Berjasa (ANGKASA), Hazwan Mohamad berkata, jutaan rakyat Selangor mengimpikan kepimpinan negeri yang cekap dalam menguruskan air setelah tidak lagi berdaya menanggung derita dalam isu ini saban tahun.

Katanya, kegagalan demi kegagalan dalam pengurusan krisis air Selangor kini mengundang persoalan integriti dan kecekapan kerajaan negeri.

“Setiap tahun, berjuta rakyat di Selangor yang dikenali sebagai negeri maju dan kaya di Malaysia perlu menanggung beban akibat kegagalan urus tadbir kerajaan negeri yang memerintah.

“Lebih menyedihkan apa yang sedang ditanggung 1.2 juta rakyat marhaen di Selangor hari ini dan beberapa hari lagi bukanlah yang pertama.

“Laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) mendedahkan negeri Selangor mencatatkan jumlah aduan masalah perkhidmatan dan gangguan bekalan air tertinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata, kadar itu jika mengikut skala bermakna 50 peratus daripada gangguan bekalan air yang dilaporkan di negara ini berlaku di Selangor.

Lantaran itu, beliau melihat ia sebagai perkara memalukan bagi sebuah negeri yang diuar-uarkan sebagai maju dan kaya.

“Janji reformasi politik di negeri ini hanya manis ketika pilihan raya. Bekalan air yang amat penting bagi kehidupan dipolitikkan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen.

“Dalam isu terbaharu ini, ANGKASA diberi maklum bahawa pencemaran sungai yang berlaku adalah berpunca dari sebuah kilang yang pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan yang sama juga. Ini bermakna tindakan yang sudah diambil tidak memberi kesan kepada pemilik kilang,” katanya.

Mengulas mengenai kompaun, beliau menyifatkan, ianya terlalu kecil berbanding hasil keuntungan operasi kilang tersebut.

“Insiden ini berulang namun tiada tindakan tegas. Kerajaan negeri Selangor dilihat acuh tidak acuh sahaja dalam isu air ini. Jika tidak masakan, insiden yang sama berulang kembali?

“Pengoperasian kilang di Selangor perlu pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas. Namun, kegagalan urustadbir kerajaan negeri Selangor amat mendukacitakan,” katanya.

#Sumber :  IsmaWeb  

MR :  Ni baru beul, DAP patut belajar dengan NGO.. biar cerdik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Di negara kita,,lagi besar jawatan yg diperolehi hasil aktif politik,,ertinya lagi besar duit masyuk...kantung duit semakin besar. Jadi,,mahukah mereka meletak jawatan?. Di negara lain,,mereka guna jawatan untuk berkhidmat kpd rakyat dan negara. Jika gagal,,letak jawatan. Saya yakin, mb dan exco2 sngor ada beribu alasan untuk menyakinkan rakyat bahawa bukan mereka yg bersalah dalam isu ini.

    BalasPadam