Header Ads

ads header

Flash News

Lima Mesej Penting Datuk Husam Musa Kepada PH Dan Amanah


(1) Sesiapa di dalam PH yang masih mahukan Tun Dr Mahathir dan tinggalkan Datuk Seri Anwar adalah mereka yang kurang cerdik.

(2) Tiada untungnya untuk PH berkawan dengan Tun Dr Mahathir kerana berbuat demikian akan menyebabkan PH bermusuh dengan rakyat.

(3) Langkah terbaik untuk PH ialah mengukuhkan parti dan kepercayaan rakyat sehingga menang PRU 15, bukannya mengacau PN sekarang.

(4) BN atau PN akan menang di semua 13 kerusi yang dimenangi oleh BERSATU dalam PRU 14 lalu jika PH beri PEJUANG bertanding di situ.

(5) Pemimpin AMANAH perlu segera memutuskan pendirian politik semasanya jika tidak mahu kehilangan kerusi-kerusinya dalam PRU 15.

“Masa depan AMANAH bergantung kepada polisi yang akan diambil oleh AMANAH dalam hubungan dengan PH dan parti-parti alternatif yang lain pada hari ini. Saya ulangi, pada pendapat saya, kalau salah perhitungan, AMANAH mungkin akan kehilangan kerusi-kerusi yang telah dimenangi dan seterusnya kita gagal bentuk kerajaan.

Jadi perkara ini kena dibincang secara halus secara cermat, tidak boleh secara sentimen secara emosi, kena ada sedikit kajian empirikal dia, kajian empirikal tu kena ada. Saya buatlah sikit-sikit kajian saya tapi saya tidak nak paksa orang terima kajian saya…

Kalau orang Cina sepertimana Pilihan Raya (Kecil) Slim baru-baru ini tinggal PH kerana apa-apa sebab dan undi BN atau PN maka ketiga-tiga belas kerusi BERSATU dulu akan diambil semula oleh BN atau PN kalau kerusi ini ditandingi oleh pihak-pihak yang hilang kepercayaan rakyat yang pernah mengundi PH dulu.

Ada orang tak faham, dia buat kenyataan, dia bertukar antara populariti dengan hilang kepercayaan. Orang tu mungkin popular tapi dia mungkin tidak ada kepercayaan orang ramai. Misal kata macam artis, artis lelaki, kita katakana dia buat persembahan yang orang panggil gila-gila sikit, lagu-lagu dia pun lagu-lagu yang kurang baik misal kata, lepas tu dia mari masuk masjid kita nak lantik dia jadi imam separuh daripada ahli masjid tu, makmum, tinggal masjid. Pasal apa? Populariti dia sebagai artis memang tinggi tapi kepercayaan nak bagi dia jadi tok imam tak ada.

Jadi kita tak boleh nak ukur populariti tapi kita ukur kepercayaan. Orang hilang kepercayaan. Pasal apa orang hilang kepercayaan? Itu kita kena kajilah, kalau saya syarah dia jadi sensitif kerana ada benda-benda yang boleh mengguris perasaan pihak-pihak yang kita pun sayang kat dia kita hormat kat dia. Tapi dalam politik kita kena praktikal, kita tak boleh duk sayang tu sampai kalah perjuangan kita, kita kena praktikal, perjuangan lebih penting daripada kita sayang kat satu-satu orang.

Dalam pilihan raya yang lepas, rakyat memilih, yang kita kata ‘memulangkan balik mandat rakyat’ ‘memulangkan balik mandat rakyat’ apa dia ‘mandat rakyat’ PRU 14 dulu? Mandat rakyat pada beberapa perkara, bukan hanya satu perkara. Bukan bila sebut saja perkara ni saya ni pro orang berkenaan anti orang berkenaan, bukan, dari segi fakta.

Mandat rakyat dalam pilihan raya yang lepas ialah kerana lepas Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri mengikut pada perjanjian pihak-pihak dalam PH, termasuk Tun Dr Mahathir, ialah ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri’. Betulkah tidak? Kalau padamkan, delete, ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir’ delete, adakah kita akan dapat mandat rakyat seperti baru ni? Tak mesti. Pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sebati dengan 48% pengundi Semenanjung Malaysia ini berapa kali pilihan raya dah. Cuma tak cukup berapa peratus, betul, tapi hak tak cukup tu sikit pada hak ada.

Jangan bertukar di antara hak sikit dengan hak banyak. Gi ambil hak sikit tinggal hak banyak itu, Ayah Mad, ambo tak tahulah nak kata lagu mana, dok, ada dok kaedah ‘ambil hak sikit tinggal hak banyak’, jatuhkah cerdik atau kurang cerdik?

Baik, mandat rakyat adalah Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, mandat rakyat ialah manifesto kita.

Suka tak suka, kitab tak kitab suci, manifesto kita kita telah berjanji. Sebagai seorang pemimpin kita tidak boleh kata masa kita buat dulu saya tak sedar diri, lepas menang baru saya tahu, tak boleh macam tu. Sedaya-upaya kita kena usahakan. Bila kita kata manifesto kita ini bukan kitab suci, kita tak terikat dengan manifesto, itu antara permulaan hilangnya kepercayaan rakyat kepada Kerajaan PH. Bila mari pilihan raya kecil pengundi ajar, mari pilihan raya kecil pengundi ajar, mari pilihan raya kecil pengundi ajar. Tak sedar lagikah?

Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi analisis dia agak terselamat, saya sikit-sikit terselamat, macam mana? Datuk Seri Anwar Ibrahim kebetulan tak ada dalam kabinet, jadi apa-apa yang dimungkiri janji oleh kabinet yang lepas tidak bersangkut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini peluang kita untuk naik balik. Kalau kita ambil balik orang hak kata hak ni pun tak boleh pakai, hak ni pun tak boleh nak buat, hak tu pun tak boleh nak buat, nak jual apa dia? Apa yang kita nak jual pilihan raya akan datang? Nak jual nak tangkap Najib, Najib nak masuk penjara dah.
Fikir, fikir secara tenang, secara saksama, jangan cepat, bila orang sebut buat keluar bidas selalu, buat keluar lastik selalu, buat keluar bedil terung mango selalu, tembak kawan, sakit juga. Kita orang tua ni berhentilah main bedil tak tentunya, bincang elok-elok, dengar dulu, buka buku dulu, tengok angka-angka dulu.

Saya ulangi, berdasarkan Pilihan Raya (Kecil) Slim yang terakhir, kalau orang Cina balik 25% kepada BN bukan sahaja 13 kerusi tadi kalau kita bagi kepada pihak yang hilang kepercayaan rakyat kita akan gagal membentuk semula kerajaan. Nak jadi kerajaan semula atau tak nak? Kalau tak nak, buat cara tak nak.

Dan saya mencadangkan kita fokus kepada ambil semula kerajaan dan memulihkan mandat rakyat ini melalui persiapan pilihan raya lebih daripada benda lain. Kalau kita nak buat lani timbul masalah, orang ni tak boleh jadi Perdana Menteri, orang ni tak setuju orang ni jadi Perdana Menteri, orang ni kata orang ni tak boleh jadi Perdana Menteri orang ni begini, payah. Peluang kita nak pulihkan mandat, yang paling mudah dan paling besar ialah pengukuhan parti-parti dan kepercayaan rakyat sehingga kita boleh menang pilihan raya.

Kemudian ada pulak dalam kenyataan pihak berkenaan dia bangkitkan masalah jangan banyakkan musuh kena banyakkan kawan, kita kupas tajuk ni. Bila kita berkawan dengan orang yang telah dimarahi hilang kepercayaan daripada rakyat maka kita bermusuh dengan rakyat itu sendiri pulak. Faham tak? Rakyat marah kepada dia pasal sebab-sebab dia panjanglah, kalau duduk seorang sama seorang saya boleh beritahu secara lebih teliti apa sebab orang marah, orang hilang kepercayaan apa sebab. Kita pergi duduk bawa lagi orang ini, kita berbaik dengan dia, betul, tapi kita bermusuh dengan pengundi kita, dengan rakyat kita, bahkan dengan ahli kita.

Saya difahamkan, betul tak betul berita semalam, Ketua AMANAH Kawasan Klang, di Selangor, letak jawatan sekali dengan AJK-AJK dia. Tolong fikir, jangan terlambat. Jangan terlambat, tolong fikir.”
(Sumber: Ucapan Datuk Husam Musa dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian pada 19 September 2020)

Kamarul Yusoff

MR : Husam Musa bersedia untuk Presiden AMANAH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. yerlah president amanah gagal ptut dgnti orng laen prk7 ph gagal diret patut bgi pluang pd husem krn pminpin naik bkn atas lntikn ahli sjak dtubuh???

    BalasPadam
  2. Abaikanlah parti amanah...sebab parti ini tiada menyumbang apa apa penambahbaikan atau faedah dalam lanskap politik negara dan ketiadaan amanah pula tidak akan mendatangkan apa apa kerugian kepada rakyat...amanah hanya setakat sembang kari dan sekadar khadam kepada parti cap roket . Kluster ph tiada kualiti atau satu sasaran jelas dalam membangun negara dan kesejahteraan rakyat..fokus mereka hanya siapa jadi pm dan ibarat tikus bodoh yang membaiki labu

    BalasPadam
  3. KHIANAT disebalik AMANAH antara ciri2 munafikun...berBOHONG DAN FITNAH husam dan sekutunya ...kami ada bukti nyata rakaman @ perbuatan RM90JUTA hingga pecahbelahkan JEMAAH ISLAM. WAJIB BERJEMAAH DAN PERTAHANNNYA BUKAN HANYA SOLAT JEMAAH SAHAJA TETAPI DALAM SEMUA KEHIDUPAN ISLAM YANG SYUMUL.

    BalasPadam
  4. Saranan yg baik dari Husam.. kenapa masih perlu berbaik dgn Mahathir sedangkan sudah jelas pengkhiatannya pada PH.. PH sepatutnya beralih kepada Anwar Ibrahim sebagai teraju kepimpinan.. Kepimpinannya belum diuji lagi.. Mahathir kita dah tau.. Amanah dan DAP masih lena dibuai sandiwara mainan Mahathir.. kalau nak ikut level rasanya menteri PN dan PH dulu sama je tahap kualitinya.. cuma dulu menteri PH berani utarakan isu2 sensitif tapi menteri PN isu2 sensitif ni sorok bawah karpet.. tapi apa yg jelas sekarang cina dan india juga semakin takut dgn prinsip kepimpinan Anwar Ibrahim dan PH yg begitu tegas tentang keadilan dan menentang penyalahgunaan kuasa dan wang.. akhirnya cina dan india yg dulunya menyokong DAP dan PKR terpaksa menyokong PN demi menyenangkan hidup kerana bagi mereka PN mudah dibonekakan , digunakan dan dijinakkan dgn amalan rasuah.. melayu pula tak berapa kisah tentang rasuah itu.. asalkan kuasa ada ditangan melayu sudah memadai dan mereka boleh tidur lena kembali.. ikut ajaran Islam atau tak itu soal lain asalkan Melayu.. ini adalah cabaran terbesar PH kalau ingin memerintah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau keturunan keling memang putar alam nombor satu.

      Padam
    2. RBA kepala bapak hipokrit sembang lebat sehinggakan babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !

      Mengapa RBA memuja Pee H tahap dewa sedangkan rakyat sudah tahu Pee H telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu ?

      Jika RBA percaya pada prinsip moral, RBA sepatutnya tidak akan mendewa-dewakan atau menjilat Pee H.

      Ini jelas membuktikan RBA adalah penjilat yang tidak bermoral Dan boleh dibeli dengan seguni dedak cap roket.

      Padam
    3. Anda buta ke buat2 buta. Baru 22 bulan memerintah dah berguni kes rasuah PH tu Tak termasuk kes Penang Tunnel lagi. Kalah BN kalau macam ni. Anda ni sembang je kencang tapi angin je lebih.

      Padam
  5. Hanya puak munafik liberal dan puak kafir harbi yang menyokong pemimpin liberal yang telah menghina ajaran Islam, menafikan hak umat Islam dan menyokong rejim pengganas Israel.

    Hanya puak yang tidak bermoral menyokong pemimpin liberal yang pernah menjadi banduan kerana kes jenayah.

    BalasPadam
  6. Atuk Tun dah masuk muzium.PAN dah tunggu hari sampai garis penamat hayat politik.PAN ada sekadar sokong DAP buat.PAN tidak berfungsi untuk pertahankan Islam.Kalangan pemimpin PAN tidak menunjukkan contoh baik samada ahli keluarga atau pegawai(rujuk kes ganja didisko,jual pil kuda dan SU politik rasuah).

    Mengenai PAS dan UMNO bergabung,sangat dibenci oleh PAN...adakah kita perlu bermusuh hingga tulang kubur?Selama-lamanya nak berseteru.Hidup 60 tahun sentiasa bermusuh sesama Islam ? Betul beberapa kerat ahli Umno terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, namun PAS bergabung setelah UMNO hilang kuasa.Manusia boleh berubah ke arah lebih baik dan ada peluang bertaubat.Mudarat lebih besar bergabung dengan PH dibanding dengan UMNO.
    Jika kata UMNO menyeleweng itu benar kerana ada kes mahkamah. Namun PH perintah selama 22 bulan, adakah bersih?Tidak. banyak kes rasuah ditutup,hina Islam menjadi-jadi,hina kedaulatan negara kian meningkat dan suasana terasa tidak selamat selama PH merintah
    Sehingga kini PAS membuktikan tidak menyeleweng dengan kuasa yang ada. Satu-satu parti politik yang tidak terlibat dengan rasuah(Kelantan 30 tahun kuasa).

    BalasPadam