Header Ads

ads header

Flash News

Lokman Noor Adam buat kenyataan merapu lagi


Umno telah diugut akan dibubarkan sekiranya tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), dakwa penyokong Datuk Seri Najib Razak, Datuk Lokman Noor Adam.

“Mereka ugut akan bubar Umno jika tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan alasan kononnya kerana Umno menggunakan dana 1MDB dan sebagainya,” kata orang kanan Najib itu melalui facebook beliau.

Lokman menjawab dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa kemenangan calon BN dari Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim adalah kerana restu rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau.

“Diaorang ni bukan sahaja kata macam tu, tetapi mengugut Umno jika tidak mahu sertai Perikatan Nasional,” kata Lokman lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar Muhyiddin tidak mengugut Umno lagi.

“Tak perlulah ugut-ugut Umno ini. Saya tahu dah ada atas meja ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan atas meja Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri) untuk membubarkan Umno semata-mata kerana Umno kononnya menerima duit 1MDB.

“Sehingga hari ini mereka gagalkan buktikan bahawa duit yang Datuk Seri Najib terima daripada Arab Saudi adalah duit 1MDB,”kata Lokamn lagi.

Umno telah membuat keputusan tidak akan menyertai PN walaupun ditawarkan oleh Muhyiddin. Kenyataan ini dibuat selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah dalam kes SRC.

Dua pemimpin Umno iaitu Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang sepatutnya berucap di Konvensyen PN kelmarin telah tidak menghadiri majlis itu walaupun ia turut disertai oleh Pas, rakan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Menurut Lokman, kemenangan BN dalam PRK Slim adalah tanda sokongan rakyat kembali kepada BN selepas mereka sedar Umno telah difitnah dalam pilihan raya umum ke 14 lalu.

“Hari ini orang yang memfitnah kita ini dakwa kemenangan calon BN ini adalah kemenangan Perikatan Nasional. Mana lojiknya. Kita tidak bertanding atas dasar Perikatan Nasional,” kata beliau.

MR : Kenyataan merapu dengan sumber entah mana, sesuai untuk akhbar AMANAH, MalaysiaDateline   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Dia ni macam org tk sehat saja...

    BalasPadam
  2. Satu je nak tanya,,dia ni ahli umno mana satu,,,najib kalau terus diikut dia ni akan menambah buruk nama bajib,,sampah katak seko ni tak guna sesen habuk takde nilai,,elok kawan dengan ezam saja

    BalasPadam
  3. Letak calon pas atau bersatu pun Pasti menang,UMNO hanya untuk menyelamat kan pemimpin Yg terlibat kes dimahkamah... Pemimpin UMNO jgn lupa laungngan keramat Hidup Melayu!!!!! Kami rakyat bersama menyokong kepimpinan Perdana menteri malaysia,

    BalasPadam
  4. Betullah dia ni merapu je. Tapi tak tahulah betulkah dia yg cakap cam tu. Kalau betul dia yg bercakap mmg tak gunalah merosakkan nama DSNR. Patut buang terus je dari parti

    BalasPadam
  5. Dasar jenis manusia dayus. Lokman

    BalasPadam
  6. MEMANG DIA MERAPU,TAPI YANG SEBELOM NI DIA MERAPU BAGAI MEMANG TERJADI KAN.JADI NAK TANYA,ADAKAH SELAMA INI DLNA YANG MENIPU ATAW MKT UMNO YANG MENIPU,.???
    RASANYA ANTARA DIA YANG MERAPU,LAGI SANGAI MERAPU ANNUAR MUSA,MAMAT JAMBANG N KJ...
    ADA AKAI KA NAK AJAK PEJAM MATA MENYOKONG PM YANG ADA SKANDAL NGAN NIKA GEE BINI ORANG DAN MENTERI KANAN BISEKSUAL.?AGAMA APA KITA NI,MELETAK SEORANG YANG BUKAN AHLINYA SEBAGAI PEMIMPIN,KITA UNDANG BALA ALLAH KER?AGAMA APA YANG AJAR DOSA2 LAKNAT MACAM NI BOLEH PEJAM MATA?MEMANG ASUHAN DAJJAL LA JIKA MENGANGKAT PEMIMPIN MACAM TU SEBAGAI PEMIMPIN,..OTAK SANGAI SEMUA.
    WALAUPON DLNA POTATO TU MERAPU,TAPI DIA TAK SEMBUNYI KEBENARAN DENGAN AKAR UMBI,SEDANGKAN MKT UMNO,PENUH MUSLIHAT,SIAP SOUND AKAR UMBI LAGI,INGAT UMNO NI KEPALA BAPAK DEPA PUNYA KER???

    BalasPadam
  7. Malas la nak comment,, masing2 dah tau mana yg betul

    BalasPadam
  8. Tulisan ni lebih kpd nak burukkan lokman Adam dgn najib sekali. Baling sebiji Batu utk dua ekor burung. Bukan semata2 kpd lokman seorang

    BalasPadam
  9. Kesian kat Lokman meracau tak ketahuan hala. Mana maklumat dia perolehi pun tak tahu lab.jangan jangan dia main hemtam je. Dah lah kena buang dari UMNO kena pecat pulak tu dari UMNO. Dah lah Lokman hoiii UMNO pun dah tak mahu dengan kamu. Baik kau join parti semburit Azmin Ali

    BalasPadam
  10. Kalau yang bertanding selain UMNO dalam PN pun boleh menang. Sebab orang Melayu dah mula benci PH yang besekongkol dengan DAP / Amanah. Peluang yang diberi PN untuk bertanding kerana itu adalah muafakat Melayu.

    BalasPadam
  11. beliau merapu perkara yg benar,parti bunga taik ayam boleh bungkus lepas ni,walaupun aku merapu,aku harap ni benar...terbaik lokman adam...kadam2 parti bunga taik ayam berangan la selagi termampu k...

    BalasPadam
  12. kau nak bangga ape umno mnang kat slim tu...
    kau ahli umno ke..
    majoriti melayu dh nmpak kebaikan PN ni..
    klau letak PAS atau PPBM pun insyaAllah boleh mnang bergaya ari tu..

    BalasPadam
  13. Daripada dia serang parti melayu, baik dia fokus serang mkini

    BalasPadam