Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia sertai Covax bagi dapatkan vaksin Covid-19


Kerajaan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 vaccine global access (COVAX) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19 yang diperlukan, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam kenyataan hari ini MOSTI berkata, kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan pakatan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI) yang mengendalikan COVAX.

Katanya kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) serta perjanjian government to government (G2G) bersama kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di negara itu.

Pada masa yang sama katanya kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, juga telah menandatangani ‘non-disclosure agreement’ dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin COVID-19 di peringkat fasa ketiga untuk berunding mengenai bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan.

Katanya pendekatan Malaysia dengan menyertai COVAX, menjalinkan kerjasama strategik dengan negara lain dan berunding terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal, akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi dan pada kadar yang segera dengan harga yang berpatutan apabila vaksin itu terbukti selamat serta berkesan.

MOSTI berkata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyelaraskan perjanjian berkenaan bagi pihak kerajaan Malaysia.

#Sumber :  - Bernama  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Singkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui e-mel: carlose78910@gmail.com
    Melalui whatsapp: (+12166263236)
    Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.

    BalasPadam