Header Ads

ads header

Flash News

Manfaat Air Hujan : Kenapa Melatah?


Apabila Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Timbalan Presiden PAS menyatakan satu ketika dulu bahawa penanaman durian musang king boleh menjejaskan alam sekitar, banyak pihak membuat sindiran kononnya bagaimana musang king boleh mengancam alam sekitar? Sedangkan, itulah yang sedang berlaku sekarang. Hutan simpan dicerobohi tanpa kebenaran dan dijadikan ladang musang king untuk tujuan komersial. Namun, pihak yang tidak tahu tentang alam sekitar merasakan bahawa mereka lebih cerdik kerana memakai baju kot dan tie berbanding Timbalan Presiden PAS yang pada kebanyakan masa memakai jubah dan kopiah. Bagi mereka, otak itu terletak di tie dan baju kot.

Begitu juga apabila Datuk Seri Timbalan Presiden PAS melontarkan cadangan berhubung air hujan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan khususnya Kelantan yang masih tidak tercemar kualiti udaranya. Bagi mereka yang cetek akal, memanfaatkan air hujan bererti bererti menadah tempayan di celah atap dan gunakan air itu untuk mandi dan memasak. Ceteknya akal mereka secetek wawasan mereka yang hanya meletakkan impian politik tertinggi mereka ialah pimpinan mereka menjadi Perdana Menteri, lalu kekal lah mereka dalam impian itu berpuluh-puluh tahun lamanya diperbodohkan saban dekad tanpa jemu.

Dengan tidak menafikan masalah air yang masih wujud di Kelantan, cadangan Menteri itu boleh diambil kira untuk penyelesaian jangka panjang. Cadangan itu langsung tidak ’mengacau‘ pelan pemulihan yang sedang berjalan di Kelantan pada hari ini.

Tidak tahukah mereka yang meloncat melatah itu bahawa lontaran cadangan itu untuk diambil langkah oleh kerajaan khususnya Kelantan, bukannya untuk rakyat secara peribadi. Jika untuk kerajaan, maka ia boleh dibincang, diperdebat, diseminarkan, lalu akhirnya disimpulkan dan dibentang semula kepada kerajaan untuk dijadikan polisi.

Tahukah mereka bahawa Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan atau juga dikenali sebagai Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada Best Management Practice (BMP) dalam pengurusan air yang berkesan. Sistem ini bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan dan menggalakkan penggunaan air secara efisien. Pada masa kini, kebanyakan rantau di seluruh dunia telah menerima pakai penuaian air hujan untuk mengurangkan kesan banjir akibat perubahan iklim. Inisiatif awal pelaksanaan SPAH di Malaysia sebenarnya telah bermula pada tahun 1998 berikutan kejadian krisis air di Kuala Lumpur.

Tahukah mereka bahawa kerajaan telah meletakkan komitmen ke arah pembangunan hijau (green growth development) serta pelancaran Green Building Index (GBI) dan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau. Dalam hal ini, SPAH telah dikenalpasti sebagai inisiatif hijau untuk menggalakkan penggunaan air secara efisien (water efficiency). SPAH juga dikenalpasti sebagai langkah segera dalam Pelan Tindakan Pembangunan Kejiranan Hijau oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau. Di samping itu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-64 pada 23 Mei 2011 telah meluluskan pindaan Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS) untuk mewajibkan pelaksanaan SPAH di bangunan rumah berkembar, rumah banglo dan bangunan berasingan.

Banyak lagi boleh diperkatakan tentang SPAH ini, cuma peliknya bagaimana bekas menteri zaman PH sendiri tiba-tiba bangun kehairanan sekolah-olah cadangan memanfaatkan air hujan ini tidak pernah lalu di telinga mereka. Barangkali benarlah dakwaan 22 bulan menjadi kerajaan hanya meratib jawatan PM PM PM sahaja di lidah mereka. Saya bimbang, nanti satu masa akan ada yang mengheret tin di tepi jalan meratib “PM PM PM PM..”.

Saya hadiahkan kata-kata ini, “A stupid man's report of what a clever man says can never be accurate, because he unconsciously translates what he hears into something he can understand.” ― Bertrand Russell, A History of Western Philosophy. Terjemahlah sendiri, kami lebai, mana faham bahasa Inggeris.

Ahmad Fadhli Shaari
19 September 2020

---


MR :   Guna air hujan semasa terdesak normallah.. malah guna semasa ada air pun ok 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Jangan terkejut juga untuk dekad yang mendatang...berlaku peperangan antara negara kerana berebut sumber air. Sekarang pun ada air yang dijual lebih mahal dari petrol

    BalasPadam
  2. Diantara tanda2 KEKUASAAN dan KASIH ALLAH yang zahir dimata hamba ialah turunnya air hujan...

    BalasPadam
  3. Kepada Ahmad Fadli Shaari dan Mr , cuba berlaku jujur.. bagaimana pula sekiranya saranan ini dikeluarkan dari mulut menteri PH dulu? Mungkin ada pusingan 360 darjah nanti..

    BalasPadam
  4. Bertrand russell tu seorang atheist. Lebih baik ambil ungkapan2 dari rumi. Jangan ambil ungkapan dari ulama2 wahabi.

    BalasPadam
  5. Fakta : Negara-negara yang menghadapi masalah bekalan air seperti Amerika Syarikat, UK, India, negara-negara Afrika dll telah lama membina tangki di atas permukaan tanah atau tangki air bawah tanah untuk mengumpul air hujan.

    Puak Pee H bodoh berlapis-lapis hanya pandai kencing rakyat sahaja dengan pelbagai janji palsu dan cerita dongeng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rainwater harvesting (RWH) is the collection and storage of rain, rather than allowing it to run off. Rainwater is collected from a roof-like surface and redirected to a tank, cistern, deep pit (well, shaft, or borehole), aquifer or a reservoir with percolation.

      Padam