Header Ads

ads header

Flash News

Menjelang PRN Sabah, PAS mahu jadi kerajaan atau sekadar ejen dakwah?


Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Slim kesinambungan pakatan politik Perikatan Nasional yang menggambarkan kejayaan kesatuan politik atas nama Melayu-Islam, dan ramai menjangka keputusan PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan pengundi di Sabah.

Sejak Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan, kemudian Parlimen Tanjung Piai, seterusnya Parlimen Kimanis dan terkini DUN Slim, PAS berperanan besar dalam memobilisasi jentera pilihan rayanya sehingga membawa kepada kemenangan Barisan Nasional.

Terkini, PAS menyatakan hasrat untuk bertanding PRN Sabah tetapi sejauh mana hasrat itu akan disambut oleh rakan pakatan dalam PN? Ia sememangnya menjadi kayu ukur keutuhan PN itu sendiri sama ada mereka benar-benar meraikan hasrat PAS atau sebaliknya.

Jika kita telusuri pencapaian PAS dalam 2 siri PRU di Sabah ternyata ada perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, pada PRU-13, PAS bertanding di 9 kerusi DUN dan memperoleh jumlah undi sebanyak 21,335. Ketika ini PAS masih dalam Pakatan Rakyat. Pada PRU-14, PAS bertanding bersendirian di 18 kerusi DUN dan memperoleh 11,241 undi.

Meskipun hanya mendapat separuh daripada jumlah undi PRU-13, PAS dikira berjaya mempamerkan kekuatan berdasarkan penerimaan dan sokongan pengundi di 18 kawasan pada PRU-14.

Persoalan yang timbul adalah sejauh mana parti komponen PN akan berkompromi bagi memberi laluan kepada PAS? Adakah sekali lagi PAS sekadar menjadi pemain di balik tabir atau kali ini diberi kepercayaan oleh PN untuk bertanding di Sabah?

Melihat kepada rekod PRU-14 yang lalu, PAS berpotensi untuk bertanding di 4 kawasan berdasarkan jumlah undi yang diperoleh melebihi 1,000 iaitu Karambunai, Tanjung Aru, Merotai, dan Tanjong Batu. Penerimaan terhadap PAS di kawasan berkenaan agak signifikan, namun adakah parti komponen BN sedia memberi laluan?

Keempat-empat kawasan itu merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama – 2 daripadanya milik Umno manakala Parti Bersatu Sabah di Tanjong Aru dan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Merotai. PAS boleh bertanding di Karambunai sekiranya Umno memberi laluan kerana tidak mungkin PBS dan LDP akan mengalah, apatah lagi terhadap PAS yang sekian lama menjadi musuh tradisi.

Pilihan yang ada pada PAS sangat terhad. Sama ada bertanding atau sekadar menjadi penyokong seperti pada PRK yang lepas. Umno mungkin boleh bertolak ansur tetapi untuk parti tempatan Sabah yang lain, kemungkinannya agak tipis apatah lagi di kawasan yang majoritinya Bumiputera bukan Muslim.

Tanpa dinafikan sumbangan PAS dalam dakwah di Sabah, PAS juga berhak dikritik sebagaimana parti lain dan kritikan terhadap PAS bukan bermakna mengkritik Islam kerana PAS bukan agama.

Budaya politik Sabah tidak bermain dengan sentimen agama dan perkauman. Itu kunci kepada kesatuan warga Sabah yang berbilang agama dan bangsa. Sekiranya PAS ingin diterima di Sabah, pemimpin tertinggi PAS mesti berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati seperti kenyataan oleh ahli Parlimen Pasir Puteh, yang dianggap sangat biadap dan melampau kerana mencampuri urusan agama orang lain.

Kadangkala pemimpin atasan inilah yang merosakkan usaha ahli parti yang menggerakkan PAS di peringkat kawasan sehingga menimbulkan salah faham terhadap parti itu sendiri. Tidak terkecuali tulisan di Harakahdaily yang agak keterlaluan dalam membicarakan agama dan kaum lain.

Untuk kekal relevan dalam persada politik Sabah, PAS perlu berhenti mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen agama dan perkauman kerana Sabah bukan negeri Pantai Timur yang majoritinya orang Melayu yang mudah termakan tuduhan sedemikian.

Sikap holier than thou (italic) juga perlu dihindarkan kerana sekalipun PAS parti Islam yang berdaftar, ia bukan alasan untuk menghukum pihak lain kerana neraca hukuman bukan hak milik mutlak PAS.

Jumlah undi adalah penting bagi membentuk sebuah kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi dan kerana itu PAS perlu mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat jika berhasrat untuk mentadbir Malaysia.

Sekiranya PAS sekadar ingin menjadi ejen dakwah, maka teruskan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras dan lupakan untuk menjadi kerajaan.

Firdani Adam

#Sumber :  FMT  

MR :    PAS makin bijak berpolitik dan berdakwah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. tak payah susah hati dengan PAS..
    Islam akan menang one way or another.
    Apa yg dikatakan ahli parlimen tersebut adalah BENAR.

    beranikah penulis menidakkan apa yg dicakapkannya..?

    penulis ni gaya macam fobia ja kalau islam memerintah.

    BalasPadam
  2. penulis nampak mcm agen Dap....rasa mcm nak penampar kat muka dia

    BalasPadam