Header Ads

ads header

Flash News

Menolak fitnah PH, Pendaftaran PN diluluskan Ogos lalu, kata ROS


Pendaftaran gabungan Perikatan Nasional (PN) diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

ROS bagaimanapun berkata, maklumat berkenaan kelulusan sesebuah pertubuhan, termasuk PN, dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

"Kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawan ROS pada awal Oktober 2020, memandangkan ia diluluskan pada Ogos 2020," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu hari ini, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar PN menjelaskan mengenai status pendaftarannya.

"Seandainya PN masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta dengan membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket PN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia selepas Naib Ketua Pemuda PKR , Syed Badlishah Syed Osman mendedahkan cariannya tidak menemui sebarang rekod berhubung pendaftaran gabungan itu di laman sesawang ROS.

Dalam pada itu ROS berkata, dakwaan bahawa maklumat kelulusan parti itu tiada dalam sistem juga tidak benar kerana sistem di laman sesawang bagi tujuan itu dikemaskini setiap dua bulan.

"Kelulusan parti PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober 2020. Ini memandang parti PN diluluskan pada Ogos 2020.

"Walau bagaimanapun jika ada carian khusus dalam sistem pertubuhan eRoses ia akan jelas memaparkan PN diluluskan pada 7 Ogos.

"Maklumat parti yang terdapat dalam eRoses hanya boleh diakses oleh setiausaha parti tersebut saja," katanya lagi.

 
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. SAYA NAK BUAT ADUAN JKM DAN BAITULMAL SEPATUTNYA BANTU GOLONG BETUL ORANG SUSAH...

    BalasPadam