Header Ads

Header ADS

Mohd Sayuti Omar menulis Sains Fiksyen pula.. mungkin penulisan tak laku


Bila penulis memilih menulis cari makan, mereka sanggup buat cerita untuk menarik penulisan supaya orang baca.. pasal itu buku bovel dan sains fiksyen laku dalam pasaran. MSO yang kini penulisan dah jadi sampah apabila dia menulis mengikut harga pasaran, sanggup jadi barua DAP. Penulisannya menjadi penulisan sampah penuh dengan cerita dongeng. Anda boleh baca penulisan di bawah... bagaimana dia boleh cerita ada pimpina PAS yang menghubungi dia.. baca boleh percaya jangan. Agen DAP suka kencing. Aku ambil petikan ini pada facebook
Hashim Omar yang suka dikencing
---

Malam tadi saya menerima panggilan oleh seorang kawan professional dalam Pas. Beliau ini memang salah seorang individu yang cukup berada di tempat istimewa di Kelantan terutamanya pada era Tokguruku Nik Aziz masih ada.

Terkejut juga saya apabila mendengar individu ini merintih dan kesal dengan apa yang berlaku dalam Pas dan kerajaan Kelantan hari ini. Semacam ada yang tidak kena dalam Pas Kelantan kini.

Ada dua subjek yang dapat saya kutip dari luahan individu ini. Pertama mengenai ketiadaan pembangkang dalam DUN Kelantan dan kedua mengenai budaya membodek dalam Pas.

Apabila DUN Kelantan tidak ada pembangkang setelah Umno bersama Pas menyebabkan kerajaan Pas Kelantan boleh melakukan apa saja yang dikehendaki tanpa sebarang bantahan dan melakukan sesuka hati.

Beliau memberi contoh seperti pembelian kereta Mercedes kepada Exco dan juga pemberian wang poket sebanyak RM50,000. Hal-hal atau tindakan seperti itu seharusnya dibincang dan dibahas dengan menghalusi dalam Dewan untuk menilai sejauh mana perlu atau sebaliknya. Apakah tindakan seperti itu membantu rakyat atau pun tidak.
Katanya peruntukan dan wang untuk membeli kereta itu lebih baik digunakan untuk keperluan rakyat yang rata-rata masih banyak perlu dibantu.

Perkara kedua mengenai budaya bodek dalam Pas dan tidak berani mengkritik. Disebabkan amalan budaya ini maka tidak ada keberanian ahli untuk menegur kesalahan pemimpin hatta kesalahannya jelas dan nyata.
Ahli pula mengambil sikap mediamkan diri kerana kalau ada yang berani menegur mereka akan dicop dan diberi persepsi negatif atau di ketepikan.

Apa lagi kalau ada yang berhajat untuk menjadi calon wakil rakyat atau mengisi jawatan-jawatan tertentu mereka akan dipinggurkan sama sekali. Misalnya pemilihan calon atau bakal calon telah dibuat berasaskan kepada siapa yang kuat membodek dan mengangkat pemimpin bukan kepada berdasar kebolehan dan ketrampilan seseorang itu.
Asalkan pandai dan tahu membodek walau tiada kebolehan orang itu akan dipilih.

Beliau bimbang dengan dua keadaan dan budaya ini menyebabkan Pas berada dalam keadaan selesa dan menjadi Pas sebagai sebuah parti yang diperintah mengikut kehendak pemimpin semata-mata tanpa sedia menerima pandangan ahli.

Keadaan atau rasa selesa itu juga akhirnya boleh menjadikan rakyat boreng dan cemuh dengan Pas. Trims.

#Sumber : FB   

MR :   MSO penulis yang hilang rah tuju bila sanggup dirinnya dijual beli 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Orang yg betul2 sayangkan perjuangan Islam, tak akan cerita keburukan sendiri kpd musuh.

    BalasPadam
  2. Tulisan dia ni memang menyemakkan.

    BalasPadam
  3. Alahai Professional. Professional level Menteri Fader Mader ada laa.

    Apakah takrif professional?
    Professional ialah mereka yang berfikiran objektif dalam menyelesaikan masalah dan senantiasa mengambil pendekatan neutral dalam perkara-perkara yang subjektif.

    Contoh professional ialah Dr. Khairuddin kerana berjaya meningkatkan pasaran sawit dalam keadaan di mana Covid mengancam ekonomi seluruh dunia. Sikap dia yang objektif dalam mencapai sesuatu matlamat adalah satu contoh sikap professional yang patut dipuji.

    Kemudian, dia bersikap neutral dalam perkara yang subjektif. Perkara yang subjektif ialah perkara seperti tuduhan dan tohmahan yg beliau sendiri hadapi, dan mengambil tanggungjawab atas kesalahan diri. Walaupun dia melanggar SOP quarantine, dia disahkan negatif dan Turki bukannya negara yang berisiko tinggi. Dia juga telah membayar kompaun dan sudah ambil keputusan tidak ambil gaji Menteri 4 bulan.

    Begitulah sikap Menteri PAS.
    Tapi professional jenis apakah yang pergi ke luar negara cakap "Elefen fait Elefan..... Fader Mader...."

    Rakyat boleh menilai.

    BalasPadam
  4. MSO ka..?

    aku tak pernah baca sampai habis penulisan beliau...
    baca suku ja dh memulas perut nak terberak.

    masa nak melepas ...aku cari buku doraemon ja.
    lebih bermanfaat

    BalasPadam
  5. MSO cari makan jer.Dulu puji Husam Musa melangit.Hampehhh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.