Header Ads

ads header

Flash News

Musa 'dibuang', PAS 'tenggelam' di Sabah


Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Pastinya, dua 'tragedi' utama mencuri tumpuan.

Pertama, nasib bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan kedua, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memberi bayangan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, sebagai calon Ketua Menteri.

Cukup ironi apabila Musa yang mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan, tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon semalam, termasuk di Sungai Manila yang disebut-sebut beliau.

Ibarat satu kesudahan tragis apabila figura besar dalam landskap politik Sabah sekian lama itu 'dibuang' terus oleh UMNO pasca kegagalan mengambil alih kerajaan tempoh hari.

Mungkin selepas kegagalan itu diikuti langkah mengheret Istana Sabah ke mahkamah, Musa terus dilihat sebagai 'liabiliti' UMNO dan dipinggirkan terus pada PRN ini.

Berbalik kenyataan Muhyiddin di Tuaran, ia mencetus rasa kurang selesa rakan sekutunya khususnya Barisan Nasional (BN).

Seolah-olah kurang kesepakatan dalam gabungan politik Perikatan Nasional (PN), BN dan parti sekutu yang dinamakan Gabungan Rakyat Sabah (GBS) ini, termasuk dalam soal pengagihan kerusi sebelum ini.

Situasi berbeza dilihat dalam WARISAN Plus. Mereka menyelesaikan agihan kerusi dengan agak baik, walaupun ada sedikit ketidakpuasan hati daripada PKR.

Kelebihan juga dimiliki apabila hanya satu calon Ketua Menteri, iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disokong kukuh parti gabungan.

Di sebalik dua isu di atas, nasib menimpa PAS turut mencetus perdebatan. Sejak awal parti itu bertekad bertanding pada PRN Sabah.

Mereka melancarkan jentera dan melakukan pengumuman rasmi untuk bertanding sehingga 10 kerusi. Visi itu wajar kerana PAS meletakkan asas agak kuat di Sabah sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PAS bertanding sehingga 18 kerusi DUN, sebahagiannya menunjukkan hasil agak baik apabila berjaya mengumpul lebih 1,000 undi.

Kegagalan bertanding, walaupun satu kerusi pada PRN kali ini, jelas sekali mengecewakan pemimpin dan penyokong parti.

Walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan merasionalkan kegagalan itu sebagai memberi laluan kepada parti sekutu lain, ia tidak lebih sekadar bermotif mengawal kerosakan dan menenangkan penyokong.

Hakikatnya, banyak faktor mungkin mempengaruhi kegagalan PAS bertanding kali ini.

Pertama, kelemahan pasukan perunding agihan kerusi mewakili PAS. Jika pasukan perunding berkaliber, mustahil PAS gagal memperoleh sebarang kerusi daripada sejumlah besar 73 DUN yang dipertandingkan.

PAS sendiri komponen kerjasama kuat dalam kerajaan PN peringkat Persekutuan serta rakan kerjasama BN dalam Muafakat Nasional (MN).

Faktor kedua kesilapan strategi 'makan keliling' PAS bersama BN dan PN. Kenyataan PAS bertanding menggunakan lambang BN seperti menunjukkan parti itu akan berkolisi dengan BN pada PRN Sabah ini, pada masa sama, menyertai PN bersama BERSATU dan parti tempatan lain.

Ini menyebabkan UMNO yang mengetuai BN tidak menyediakan sebarang kerusi kepada PAS dalam agihan kerusi dalaman mereka, walaupun mereka rakan kerjasama yang kuat dalam MN apatah lagi PN sendiri tidak cukup kerusi untuk diperuntukkan kepada PAS.

Faktor ketiga mungkin disebabkan percaturan strategi PN yang melihat PAS sebagai liabiliti dalam konteks Sabah.

Secara umumnya, psikografi pengundi di Sabah belum boleh menerima kehadiran PAS, lantas PN mungkin bimbang penyertaan parti itu akan mengurangkan peluang kemenangan mereka.

Apa pun, selepas proses penamaan calon selesai, PRN menyajikan pertembungan meriah dengan begitu banyak parti serta calon bertanding, termasuk atas tiket Bebas.

Menarik juga semakin ramai calon muda dan muka baharu diketengahkan khususnya oleh UMNO dan Parti Cinta Sabah (PCS). Ia perkembangan baik untuk meremajakan landskap politik tanah air dengan idealisme baharu.

Namun, PRN kali ini menyaksikan kekurangan calon wanita. Sayap wanita parti politik perlu berusaha lebih gigih untuk menempatkan lebih ramai wakil mereka pada peringkat legislatif kerana banyak isu berkaitan kelompok itu perlu diberi perhatian mutakhir ini.

Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim
Penulis adalah Ketua Penyelidik Ilham Centre

Sumber : BH   

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Musa bukan dibuang.. tapi beliau mungkin telah disediakan tempat untuk kerusi parlimen nanti.. PAS pusat pulak langsung tak mengenang perasaan ahli2 mereka di Sabah.. sudah tentu mereka kecil hati dan merasa dipinggirkan dan tidak diperlukan.. harap2 PRU15 nanti PAS juga berlapang dada utk tidak bertanding dinegeri2 yg mereka tidak kuat spt Perlis Selangor Johor Melaka Negeri Sembilan.. barulah nampak adil.. biarlah PAS hanya dikenali di Kelantan Terengganu dan Kedah dan Pahang selama2nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah pula jadi batu api.Mungkin lepas ni bila PN dan BN menang dalam PRN ni mungkin ada pemimpin pas dilantik sebagai Adun yang dilantik ataupun dilantik sebagai Speaker DUN atau ke lain lain jawatan....

      Padam
  2. Inilah dia perangkap musuh.
    Bila kita bertanding, dia akan tuduh kita mahu ketepikan parti komponen di Sabah.
    Bila kita tak bertanding, mereka akan tuduh kita seperti penulis di atas.

    Penulis-penulis seperti inilah sebenarnya musuh Islam, puak Munafik. Kerja dia ialah mengadu domba dan mahu melihat perpecahan orang Melayu dan Islam.
    Kaca mata mereka hanyalah berpandukan akal mereka yang sempit.
    Nama aje Professor, tapi perdebatan dan perbincangannya semua bias dan tidak melihat kepada sudut yang lain.
    Inilah dia Professor taik kucing.

    BalasPadam
  3. Jangan sesekali trpedaya dgn batu yg berapi..

    BalasPadam
  4. KINABALU bukan GUNUNG BERAPI...tapi boleh jadikan BALU atau ABU KEPADA PARTI2 POLITIK picisan kelak.

    BalasPadam