Header Ads

ads header

Flash News

Musa ke majlis PM jadi pembakar semangat, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik melihat kemunculan Musa Aman dalam sebuah acara yang dihadiri Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam sebagai pembakar semangat buat pembangkang Sabah.

“Ini menghilangkan kepercayaan Musa mungkin membalas dendam terhadap Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kerana tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri,” kata Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah kepada FMT.

Beliau berkata, kehadiran bekas ketua menteri itu dalam acara di Beaufort semalam pasti memberi kelegaan kepada semua penyokongnya, baik dalam Umno mahupun PPBM kerana ia memberi jaminan kedua-dua parti itu kini boleh bekerjasama dengan baik dalam kempen pilihan raya.

“PPBM masih baru di Sabah dan ia memerlukan sokongan kuat daripada pemimpin terkemuka seperti Musa.

“Mengundang Musa ke acara itu sebenarnya satu pengiktirafan baginya oleh Muhyiddin.”

Sementara itu, James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Musa akan selalu menjadi faktor dalam politik Sabah, sejak menjadi ketua menteri hingga baru-baru ini dan berasal dari keluarga berpengaruh.

Katanya, Musa juga mempunyai banyak sumber dan rangkaian luas penyokong.

“Malah, desas-desus di Sabah sekarang ialah jika PN menang, beliau akan menjadi gabenor negeri berikutnya.”

Katanya, tidak menjadi masalah Musa tidak bertanding dalam PRN Sabah kerana isu lebih penting ialah beliau dan penyokongnya akan menyokong siapa.

“Jika prestasi BN teruk, terutama di Sungai Manila, maka anda tahu penyokongnya tidak mudah terima hakikat beliau tidak bertanding.”

Bagaimanapun, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia percaya pengaruh bekas Adun Sungai Sibuga itu “sangat terhad” tanpa jawatan politik atau kerusi untuk bertanding.

“Namun, beliau mempunyai peranan untuk dimainkan walaupun Umno seolah-olah menjauhkan diri daripadanya, tetapi secara jelas ini tidak berlaku dengan Perikatan Nasional.

“Musa sedang menyesuaikan dirinya dengan Muhyiddin dan, jika beliau boleh menunjukkan beliau ialah aset PN di Sabah, saya pasti beliau akan mempunyai peranan lebih besar pada PRU15.”

#Sumber : FMT   

MR :  Pengarush Musa Aman tak boleh diabaikan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Hancurkan dan lenyapkan umno pas bersatu
    Amin ya allah

    BalasPadam
  2. Ya Allah, hancurkan parti yang memusuhi, meruntuhkan dan merosakkan agama Islam. Amin ya rabbal alamin.

    BalasPadam