Header Ads

ads header

Flash News

Nak kekalkan kerajaan Perak hingga PRU-15 kena muafakat kata Razman



Muafakat Nasional (MN) perlu berbincang dan berlapang dada dalam isu agihan kerusi sekiranya mahu terus mentadbir kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata ini bermakna tiada lagi istilah “big brother” dalam gabungan MN, yang kini terdiri daripada Umno, PAS dan Bersatu.

"Sama ada agihan kerusi atau nama calon, kita di peringkat MN negeri tidak ada perbincangan lagi.

"Dalam hal ini, kalau kita nak kekalkan kerajaan negeri perlu duduk berbincanglah. Kena ada pertimbangan dan masing-masing mesti berlapang dada.

"Bukan lagi merasa jadi 'big brother' kerana dalam penyatuan parti sekarang sudah tidak ada lagi istilah 'big brother'," katanya lapor Sinar Harian.

MN adalah pakatan politik yang dibentuk oleh Umno dan PAS pada Sept tahun lalu bagi memformalkan kerjasama mereka.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini mengakui tidak ada istilah 'abang besar' dalam MN namun menegaskan Umno menyumbang kerusi terbanyak dalam pakatan itu.

Pada Ogos lalu, Bersatu mengumumkan penyertaannya dalam MN.

Bersama Bersatu, GPS dan Star dari Sawarak dan PBS di Sabah, parti-parti dalam MN dan BN juga membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun hubungan antara Umno, Bersatu dan PAS dilihat rumit, khususnya dalam isu rundingan dan pembahagian kerusi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini PAS tidak diberikan kerusi untuk bertanding oleh Perikatan Nasional yang turut disertainya, meskipun berhasrat bertanding 10 daripada 73 kerusi Dun.

Sementara itu, Razman berkata pemimpin dari ketiga-tiga parti di peringkat akar umbi tidak wajar membahaskan isu nama calon bertanding kerana dikhuatiri akan merosakkan hubungan perpaduan.

"Serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan yang jelas punya lebih autoriti. Sebab itu jurucakap parti ini kena seorang sahaja. Pihak lain kita jangan ambil kira.

"Seperti di Perak, kalau sudah ada keputusan dan sudah bincang, kenyataan mesti keluar daripada pesuruhjaya atau pengerusi perhubungan. Kalau di peringkat Malaysia, perlu daripada presiden atau setiausaha agung," katanya.

MR :  Bincang dan telenrasi itu aje yang perlu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Hakikatnya, ppbm main kotor dgn memperbodohkan umno dan pas. Yg sebenarnya, ppbm akan hancur lebur pd pru 15 jika tidak menyertai MN. Tujuan sebenar ppbm sertai mn semata2 untuk selamatkan ppbm dari terkubur. Pas dan umno dalam mn , sudah cukup untuk menguasai pru15, termasuk di perak. Tapi, pasvyg paling bodoh,,mula2 sertai kongres memartabatkan melayu anjuran keling mahathir,,kemudian sertai pn,,pas nak " makan keliling ". Lalu diperguna oleh ppbm pengkhianat umno. Akhirnya, ppbm dgn tiket pm,,boleh gamekan pas dan umno . Lihat saja prn sabah,,ppbm bolot banyak kerusi, pas langsung tiada kerusi. Di perak, ppbm hanya ada 8 adun, tp jwtn mb dapat. Sama juga di sabah. Nampak sangat ppbm pernodohkan umno dan pas,,kerana kebodohan pas. Jadi, umno dan pas, pru15 nanti,,terajang keluar ppbm,,ppbm ini pengkhianat org melayu,,kerana ppbm, negara dikuasai cina ph 22 bulan.

    BalasPadam
  2. Rakyat dah tak nak umno
    Tapi rakyat juga dah serik dengan pakatan

    Bila wujud muafakat nasional, rakyat cuba beri harapan baru
    Kekuatan hanya pada muafakat, bukan pada parti

    Umno rasa masih kuat dengan beberapa siri kemenangan dalam prk padahal itu sokongan pada muafakat
    Andai umno cuba untuk berkuasa bersendirian seperti dulu, umno akan dikuburkan buat selamanya pada pru nanti

    Tunggu dan lihat

    BalasPadam