Header Ads

ads header

Flash News

PAS Nak bertanding, tapi perangkap musuh perlu dielak demi Muafakat Nasional


Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu dibei laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini.

Namun, katanya keputusan untuk PAS tidak bertanding itu dilakukan bagi mengelak daripada perangkap yang dipasang oleh musuh.

"Dari segi strategi politik ini macam-macam tapi kita menerima (keputusan). Sebenarnya PAS terlibat dari awal lagi perundingan dan perbincangan (kerusi).

"Cuma apabila dibuat keputusan, walaupun PAS mendesak supaya diberi laluan tetapi ada beberapa masalah dan perkara. (Jadi) kita fikir kita (perlu) berjiwa besar, kita bersetuju dengan pandangan presiden.

"Menghadapi pilihan raya ini perlu strategi yang betul, jadi kita mengelak perangkap yang dipasang musuh. Jika kita bertanding akan timbul bertembungan sesama sendiri, natijahnya adalah kerugian kepada muafakat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

Semalam, PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.

Perkara itu dinyatakan presidennya Abdul Hadi Awang, berhubung ketiadaan calon daripada parti itu dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian mengakui bahawa wujudnya rasa kecewa susulan keputusan itu namun yakin perkara itu boleh diatasi.

"Kita boleh urus, insya-Allah ahli PAS ini terkenal dengan ahli yang patuh dengan keputusan parti. Sebab bagi kita untuk elak pertembungan sama-sama kita, kita berpegang keputusan parti.

"Alhamdulillah walaupun rasa kecewa di mana-mana tak boleh nafi, tapi secara keseluruhan kepimpinan PAS di Sabah dan jentera akur dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh presiden," jelasnya sambil menyatakan keyakinan PN akan memenangi PRN Sabah.

MR :  Jangan jadi tukang pancak bendera PN atau BN aje  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Kat Semenanjung rasanya perangkap musuh lagi byk sbb PAS memang lama bertapak lat sini.. kat Sabah PAS pun orang tak kenal sgt.. so ade baiknya nanti PRU15 PAS jgn bertanding ape2 kerusi.. nanti masuk perangkap musuh susah gak.. orang tua2 cakap jgn main2 kat tepi perangkap nanti masuk perangkap.. so dok jauh2.. kan senang kalau cakap PAS masuk bertanding pun tak guna.. mesti kalah punye.. mesti orang senang paham dan nampaklah jujur pada jawapan.. berbelit macam syiah PAS ni..

    BalasPadam
  2. Pas x brani bertanding nnt umno bn marah...

    BalasPadam
  3. Pas x letak calun.. kenapa barua pulak kepanasan..

    BalasPadam
  4. pas memang parti boddo2 alang...
    sekarang ni hanya seronok jadi barua kehormat je....pemimpin atasan semua dah dapat jawatan dalam keraJAAN...
    senyap dah...macam anjing makan taik..
    walaunta pun happy la

    BalasPadam