Header Ads

ads header

Flash News

Pas perlu ubah mentaliti jika ingin suburkan kepimpinan orang muda kata Pensyarah


KUALA LUMPUR:
Pas perlu menyuburkan kepimpinan orang muda dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam melahirkan pelapis politik negara.
 

Jelas Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali (Makluman: adalah ahli parti AMANAH), parti itu perlu bersikap lebih terbuka dengan mengubah mentaliti seperti berada di pihak pembangkang.

“Sebenarnya orang muda adalah pelapis kepada politik negara kita, dan kita lihat banyak parti-parti politik di negara ini, mereka mempunyai barisan pelatih yang baik seperti parti UMNO, PKR dan DAP.

“Mereka mempunyai barisan pelapis yang berwibawa.

"Pas tidak boleh ketinggalan, mereka juga perlu menghasilkan, perlu mendidik dan menyuburkan kepimpinan kepada orang-orang muda.

“Tetapi apa yang mustahak sekali adalah pucuk pimpinan mereka, ia mestilah menunjukkan hala tuju yang jelas, visi yang sesuai dengan realiti politik sekarang,” ujar Mazlan.

Tambahnya, adalah satu kesukaran jika Pas masih lagi bermentaliti seperti ketika menjadi pembangkang dan pandangan hanya terhad kepada matlamat ‘survival party’ semata-mata.

“Mereka juga mesti meluaskan pandangan tersebut dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang lebih menyeluruh dengan keterbukaan mereka.

“Ini kerana, baru-baru ini parti Pas dilanda banyak kontroversi umpamanya seorang pemimpinnya telah menyentuh tentang isu yang sensitif terhadap bukan Islam iaitu berkait dengan kitab Injil sebagai contoh.

“Itu menunjukkan pemikiran mereka masih lagi kira-kira di belakang 30 tahun dahulu dan mereka perlu lebih berjiwa besar dan lihat Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan mempunyai hubungan agama yang harmoni,” tambah beliau.

#Sumber : Astro   

MR :  Teguran positif tapi masih berfikir cara aqidah yang tidak mantap  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Aku merasa sangat hairan melihat ahli pandap cuba berlagak 'bijaksana' menasihati parti lawan sedangkan pandap dan Pee H sendiri berada dalam fasa nazak kalah 7-0 menunggu 'kematian' pada PRU yang akan datang.

    BalasPadam
  2. Masaalah Mamat ni dan yang lain2 dalam AMANAH sana dengan pemikiran DAP. Semua orang Islam memang setuju yang InjIL sekarang ni memang bukan yang ori dan orang kristian pun tahu yang orang islam memang berpendapat demikian. Kalau tidak agama kristian le yang paling ramai pengikut. Orang Kristian tak iktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul. Orang Islam pun tak pernah iktiraf Nabi Isa sebagai Kristian. So whats the big deal. Benda ni dah berlarutan lebih 1400 tahun dah. Macam baru sekarang tahu. Grow up le AMANAH dan DAP,

    BalasPadam