Header Ads

ads header

Flash News

PBS, Star capai persefahaman di dua daripada 15 kerusi


Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju menamatkan kempen untuk calon mereka di Tambunan dan Bingkor sekali gus membuka ruang buat Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada 2018.

Mengikut sejarah, Tambunan merupakan tempat kelahiran PBS.

Persetujuan berkenaan dicapai hasil pertemuan dikendalikan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin.

Sebagai balasan atas persetujuan berkenaan, menurut Presiden PBS, Jeffrey Kitingan, Star pula akan memastikan calon bebas di Bengkoka dan Api-Api memberikan sokongan kepada calon PBS.

Menurut Kitingan dua calon bebas yang terbabit dalam persaingan merebut tempat di Bengkoka dan Api-Api mendapat sokongan daripada Star.

Di sebalik keputusan berkenaan, perlu diketahui mengikut Seksyen 9 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, seseorang calon hanya boleh menarik diri selewat-lewatnya jam 10 pagi pada hari penamaan calon.

Ia bermakna, pengumuman dibuat hari ini tidak akan menjejaskan kertas undi yang akan digunakan pada 26 Sept ini dan nama semua calon yang terbabit serta logo mereka akan tetap terpapar.

Pada hari penamaan calon lalu, ada 17 calon dari gabungan BN-PN-PBS bertembung sesama sendiri di sebalik persefahaman yang dicapai antara mereka.

Sementara itu Hamzah berkata, tiga entiti politik itu masih cuba mencari persefahaman untuk 15 kerusi lain.

MR :  2 aje??  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan