Header Ads

Header ADS

Persepsi terhadap mahkamah syariah


WALAUPUN bergelar negara Islam, masyarakat Malaysia masih mempunyai persepsi bahawa mahkamah syariah berada pada kedudukan kelas kedua berbanding mahkamah sivil.

Ada juga yang secara sinis mengatakan mahkamah syariah hanya membicarakan kes-kes khalwat dengan penglibatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan pendekatan mengintip dan mengintai bagi membuat pendakwaan di mahkamah.

Itulah imej mahkamah syariah bagi pihak-pihak tertentu. Walaupun mahkamah syariah telah melalui pelbagai perubahan dari segi pentadbiran, bidang kuasa, personel dan juga taraf, ia masih menerima kritikan pelbagai pihak. Kritikan yang dibuat sudah pasti menekankan kelemahan-kelemahan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Antara teguran utama yang sering dipaparkan atau dikongsi di media sosial adalah terlalu banyak kes tertangguh dan prosedur mahupun keputusan yang dilihat sebagai menindas plaintif yang kebiasaannya golongan wanita.

Perkongsian sebegitu menyebabkan masyarakat yang tidak terlibat secara langsung dengan mahkamah turut marah sehingga terikut-ikut mengkritik mahkamah syariah.

Sebagai contoh, beban pembuktian adalah ke atas plaintif yang mungkin seorang isteri yang teraniaya. Jika mendakwa dipukul, plaintif perlu mendapatkan laporan hospital. Penderaan mental pula sukar dibuktikan tanpa rawatan psikiatri di hospital. Jika ada bukti sekalipun apabila difailkan perceraian, defendan (suami) masih boleh melengahkan perbicaraan.

Ketidakhadiran defendan adalah sesuatu yang biasa atau kerap berlaku walaupun saman telah diserahkan dengan tangan dan diterima. Alasan biasa adalah tidak ada masa, sibuk, ada kerja dan sebagainya. Mahkamah akan memberikan tarikh lain yang sudah semestinya bukan sehari dua dari tarikh asal. Mungkin sebulan dua atau lebih lama.

Tarikh yang kedua juga begitu. Defendan tetap culas untuk menghadirkan diri dengan alasan yang dibuat-buat sehingga waran tangkap pula dikeluarkan. Adakah mereka tidak takut dengan waran tangkap? Adakah waran tangkap kes syariah tidak sekuat waran tangkap untuk jenayah sivil?

Sebenarnya tidak. Pelaksanaan waran tangkap kes syariah melalui penguat kuasa agama sama sahaja dengan waran tangkap kes jenayah sivil. Cuma sebelum ini, pihak jabatan agama banyak bertoleransi dan berlembut dalam isu kekeluargaan. Namun, akibat sikap sambil lewa pihak defendan yang semakin menjadi-jadi, mahkamah telah mula mengubah pendekatan kepada terus tangkap tanpa amaran.

Proses perbicaraan yang mengambil masa yang lama disebabkan penangguhan kes dan kelewatan menyelesaikan kes seperti perceraian serta tuntutan nafkah mengakibatkan tekanan perasaan, menyebabkan wanita yang teraniaya menjadi marah, beremosi dan kecewa. Lebih teruk lagi, penangguhan kes biasanya akan meningkatkan kos guaman yang sedia tinggi.

Kes-kes tertangguh di mahkamah bukanlah asing dan ia juga merupakan masalah di mahkamah sivil. Penangguhan kes adalah suatu tindakan yang dibenarkan dan diperuntukkan dalam undang-undang.

Tujuan penangguhan sesuatu kes ke tarikh yang lain dalam beberapa keadaan bertujuan memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding. Umpamanya, untuk mendapatkan keterangan daripada pihak-pihak yang terlibat, saksi-saksi atau untuk mengeluarkan perintah penghakiman.

Tidak kira plaintif atau defendan mahupun peguam dan mahkamah, tegakkanlah keadilan kerana apa juga tindakan kita, semuanya akan ditanya dan diadili ALLAH SWT. Semoga persepsi negatif terhadap mahkamah syariah boleh diubah dengan usaha penambahbaikan secara berterusan melalui pelaksanaan audit yang telus. Ia penting demi menjaga integriti institusi kehakiman syariah dan imej Islam itu sendiri.

Dr Johari Yap
Naib Presiden Macma Malaysia
Pengerusi Macma Kelantan.

#Sumber :  SH  

MR :   Kerana ada Melayu Islam bodoh dalam agama dan politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pindaan RUU355 bertujuan untuk memperkasakan dan memartabatkan undang-undang syariah dan mahkamah syariah supaya boleh berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan untuk kebaikan umat Islam.

    Malang puak kafir harbi yang merupakan pendatang asing dan khadam munafik liberal mereka telah berkempen menentang, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan RUU355 untuk menghasut dan menakut-nakutjan rakyat terutamanya puak kafir supaya membenci, menentang dan menolak RUU355 sedangkan RUU355 tidak melibatkan orang kafir

    Bahkan puak munafik liberal sanggup makan babi dengan tuan kafir harbi mereka dari makan ayam (yang halal). Dan sekarang sup katak pula.

    Mereka memuja kepala bapak kafir harbi pada tahap dewa dan memusuhi, menghina dan memburuk-burukkan Nabi, ajaran Islam, ulama Islam dan perjuangan Islam.

    Sesungguhnya hati puak munafik liberal telah menjadi hitam berkarat dan mereka buta hati dan buta perut kerana memakan dedak haram cap roket.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.