Header Ads

ads header

Flash News

Polis siasat Balai Polis pasang Jalur Gemilang terbalik


BAGAN SERAI -
Polis sedang menjalankan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima, Parit Buntar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketua polis balai tersebut.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini seorang anggota sudah diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Kejadian ini turut tular di media sosial. Insiden itu wajar dijadikan iktibar kepada enam balai dalam pentadbiran ini supaya tidak cuai ketika melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau juga meminta orang ramai berhenti menularkan gambar tersebut dan perkara itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963.

“Tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tidak kira pegawai, anggota polis atau orang awam yang memasang bendera terbalik.

Gambar pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik melibatkan sebuah balai polis di daerah itu mula tular di Facebook hari ini, namun ia dibetulkan kira-kira sejam selepas menyedari kesilapan itu.

#Sumber :  SH  

MR :    Agaknya polis nak tangkap siapa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. POLIS tangkap orangramai bagaimana ORANG RAMAI tangkap POLIS.

    BalasPadam
  2. Hahaha.. kena kat polis n kerajaan terus cakap tak sengaja.. kalau rakyat cakap tak sengaja polis boleh terima tak? Polis yg pasang terbalik tu dah kene tangkap ke? dah lah polis tu rakyat malaysia.. pasti lagi tau pasal bendera Malaysia.. ni warga asing yg salah pasang sibuk nak hukum bagai.. puak2 melayu PN sekarang ni mesti ade dalam gua.. tak melalak la plak.. kalau zaman PH dulu geng2 ni dah melalak sembelit tak ingat.. kene kat kerajaan pilihan hati terus jadi bingai tahap tertinggi.. hahaha..

    BalasPadam
  3. Mesti kena adil, sb depa ni sebagai contoh xkan xkna Tatatertib kot... Kalau xkna ini xadil

    BalasPadam
  4. Saja buat silap kot.. Agar kesilapan org lain terhapus..lepas nie kalau buat2 silag lagi,boleh bg alasan ,.balai polis pun boleh silap.. Ini kan kami..akhirnya lepas dan berleluasa

    BalasPadam