Header Ads

ads header

Flash News

Polis tahan empat beradik terlibat pencemaran bau Sungai Gong


KUALA LUMPUR, 5 SEPT:
Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

“Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak. Kita akan buat permohonan reman pagi ini di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik- beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lepas, telah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Jelasnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau berkenaan.

#Sumber :  -BERNAMA  

MR :  Tahniah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Spesis ni bukan hirau pun alam sekitar ke, moral ke, etika ke, akhlak ke..

    Yang di fikirkan hanya duit duit duit

    Ni lah spesis perosak yakjuj makjuj

    BalasPadam
  2. tahan ja...

    tapi dilayan macam raja dalam lokap.
    lepas tido semalam dua...
    boleh balik dh..

    kilang yang kena sita tu tak lama lagi bukak balik la..
    kejadian yg sama akan berulang, cuma dlm skala yg kecil..
    sementara kilang lain pula diserbu .. boleh la survive lagi 10-20 tahun.

    selama ni penguatkuasa dok kenyang makan duit haram... sorry la.. kenyang sgt sampai tak leh nak gerak..

    BalasPadam