Header Ads

Header ADS

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Ketua Bersatu Johor bagi mengukuhkan lagi Bersatu di negeri itu.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya mengapa Muhyiddin, yang juga perdana menteri mengambil alih tugas berkenaan.

"Pandangan kami ialah ahli akar umbi, dan juga kepimpinan bahagian-bahagian negeri Johor tentunya berbangga anak Johor sendiri memimpin kerajaan persekutuan dan jadi presiden parti

"Kita dapati jika meletak Tan Sri (Muhyidin) sebagai ketua BPN (Badan Pimpinan Negeri) di Johor tentunya akan perkuatkan lagi parti bersatu, itu tujuannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun keempat parti itu yang diadakan di Kuala Lumpur malam ini.

Beliau juga menafikan langkah itu dibuat kerana kepimpinan tertinggi melihat Bersatu menghadapi masalah di Johor.

Terdahulu Bersatu hari ini mengeluarkan senarai pelantikan baru parti itu termasuk anggota majlis pimpinan tertingginya, ketua-ketua Bersatu negeri dan timbalan mereka.

Senarai itu menyaksikan Faizal dilantik sebagai ketua Bersatu Perak dan Pahang, manakala Muhyiddin sendiri melantik dirinya sebagai ketua Bersatu Johor.

Sebelum ini, Bersatu Johor dipimpin oleh Mazlan Bujang.

Ketika ditanya apakah tidak ada pemimpin Bersatu lain di negeri-negeri tersebut yang layak mengambil alih tugas berkenaan, Faizal berkata pelantikannya bersifat sementara.

"Saya kira saya ada peranan-peranan lain perlu saya lakukan di negeri Pahang dan saya berpandangan bila keadaan di Perak agak stabil, maka peranan yang lebih saya jalankan di negeri-negeri lain.

"Presiden beri saya amanah jadi pengerusi BPN Pahang buat sementara waktu hingga saya kira Tan Sri dapat mencari seorang yang dapat meneruskan tanggungjawab tersebut," jelasnya.

MR :   Johor terbaik PRN 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.