Header Ads

ads header

Flash News

Presiden, ketua pemuda Umno tak hadir konvensyen PN?


Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini berlangsung di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir menyampaikan ucapan.

Turut berucap pada majlis hari ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin.

Bagaimanapun, kelibat presiden dan ketua pemuda Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dijadual berucap malam ini tidak kelihatan.

Ketidak hadiran Zahid dan Asyraf yang sedang berada di Sabah bagi persediaan pilihan raya negeri menimbulkan tanda tanya.

Wakil-wakil Umno juga dikatakan tidak hadir aturcara konvensyen pada sebelah malam ini.

  MR :   ?? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Budaya angkuh dan sombong UMNO masih liat untuk dibuang.Yang penting nak kuasa sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jadi yb puak ph dapig cakap air con parlimen terlampau sejuk. Nak makan duit rakyat buta saja. Balik tongsan la.

      Padam