Header Ads

Header ADS

PRN Sabah Akan Jadi Sia-Sia?


Saya masih berpandangan yang Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkhilaf dalam memutuskan bahawa tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah tidak boleh dibicarakan di mahkamah dan saya agak berkeyakinan bahawa Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan akhirnya akan memutuskan bahawa tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah sebenarnya boleh dibicarakan di mahkamah dan bahawa tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah itu adalah tidak selari dengan peruntukan undang-undang.

Membaca keseluruhan keputusan penghakiman terbaru Mahkamah Persekutuan, yang dikeluarkan pada 1 September lalu, yang memberikan Tan Sri Musa Aman kebenaran untuk membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah memecat Tan Sri Musa Aman dan melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018, hati saya sangat berat menyatakan bahawa besar kemungkinan Tan Sri Musa Aman akan menang di dalam kes ini.

Hujah-hujah yang diberikan oleh peguam Tan Sri Musa Aman kelihatannya terlalu kuat, antaranya ialah bahawa:

(1) Yang di-Pertua Negeri telah memintas proses perlembagaan di dalam memecat Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah tanpa terlebih dahulu memberikan peluang kepada Tan Sri Musa Aman untuk meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri. (The Yang di-Pertua Negeri had circumvented the constitutional process in dismissing Tan Sri Musa Aman as Chief Minister without first affording an opportunity to Tan Sri Musa Aman to request for a dissolution of the State Legislative Assembly).

(2) Kes ini bertentangan dengan kes Perak di mana Menteri Besar Perak meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Perlembagaan Perak yang kemudiannya tidak diperkenankan oleh Sultan Perak. Hanya permintaan ini dibuat dan ditolak barulah Menteri Besar Perak boleh dipecat oleh Sultan dari jawatan beliau. (The present case stands in contrast to the Perak case where the Menteri Besar of Perak made a request to dissolve the Assembly pursuant to Article 16(6) of the Perak Constitution which was subsequently denied by the Sultan of Perak. Only after this request was made and denied could the Menteri Besar of Perak be dismissed by the Sultan from his position).

(3) Yang di-Pertua Negeri perlu mewawancara semula semua Ahli Dewan Undangan Negeri atau majoriti daripada mereka sebelum melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Yang di-Pertua Negeri sebaliknya hanya mewawancara enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri yang membuat akuan bersumpah bahawa mereka menukar sokongan daripada Tan Sri Musa Aman kepada Datuk Seri Shafie Apdal. (The Yang di-Pertua Negeri should have consulted once again all members of the State Legislative Assembly or a majority thereof before swearing in Datuk Seri Shafie Apdal as Chief Minister (The Yang di-Pertua Negeri only interviewed six (6) members of the State Legislative Assembly who stated by way of statutory declaration that they had switched allegiance from Tan Sri Musa Aman to Datuk Seri Shafie Apdal.)

Oleh itu, jika sekalipun PRN Sabah terus dilangsungkan, keputusannya tidak akan terpakai dan Tan Sri Musa Aman kemungkinan besar akan balik menjadi Ketua Menteri Sabah jika beliau menang di dalam salah satu daripada dua kes yang beliau kemukakan ini.

Sebab itulah sangat tidak berbaloi untuk pemimpin parti-parti tertentu sampai bergaduh sesama sendiri atau dengan parti-parti rakan mereka (atau menarik diri pada saat-saat akhir daripada majlis besar tertentu) hanya kerana PRN Sabah yang belum tentu ke mana ini.

Tahniah kepada kedua-dua Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato' Abdul Rahman Sebli dan YA Dato' Zabariah Mohd Yusof, atas penghakiman mantap mereka ini.

Memetik kata-kata mereka:

[30] The questions of law raised by Tan Sri Musa Aman are of grave constitutional importance and have far reaching implications not only for the State of Sabah but for the whole country and ought to be resolved once and for all by this Court, being the apex court, to provide certainty and cannot be left hanging.

[31] The people of Sabah have an inalienable right to know whether the removal of Tan Sri Musa Aman as the validly appointed Chief Minister was done validly, lawfully and in accordance with the Constitution of Sabah, the highest law in the land below the wind. As it is, there is no closure yet on the issue as to whether Tan Sri Musa Aman had been lawfully removed from office.

Kamarul Yusoff

MR :   Undang-undang perlu diperhalusi agar satu keputusan yang adil diperolehi 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pilihanraya Sabah perlu ditanguhkan sebelum kes musa aman di mahkamah selesai

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.