Header Ads

Header ADS

PRN Sabah, Babak Kemelut Baru Akan Bermula


1) Jika keputusan PRN Sabah adalah cerminan kepada PRU15, ia bermakna PRU15 juga bukan penyelesaian kepada kemelut politik negara. Tidak stabil dan dipenuhi berudu.

2) Ia juga cerminan bahawa PKR juga tidak strong jika bersendirian walaupun menggunakan lambang sendiri. DAP masih dominan di kawasan majoriti orang Cina berbanding MCA. Bermakna MCA akan terpaksa menagih kerusi majoriti Melayu daripada UMNO dan PAS untuk PRU15 kelak untuk membolehkan ada wakil mereka dalam Parlimen.

3) Manakala hipotesis - parti yang kurang menyerang PAS akan banyak menang kerusi - boleh dilihat sebagai menepati kem WARISAN+ sahaja, tidak berlaku kepada keseluruhan PRN Sabah. AMANAH paling kuat menyerang PAS kalah 100% kerusi yang ditandingi. Diikuti PKR, DAP dan yang paling sedikit atau tak kacau PAS adalah WARISAN.

4) Semua ini hanyalah andaian jika PRN Sabah adalah cerminan kepada PRU15. Semestinya orang politik akan ada justifikasi lain. Mereka yang menang akan bawa semangat kemenangan untuk diterjemah dalam PRU15. Pihak yang kalah pasti hanya akan kata ini hanyalah sentimen orang Sabah, tak sama dengan semenanjung.

5) Kemenangan tipis selalunya melahirkan berudu-berudu politik yang tak berkesudahan. Berudu politik hanya mementingkan kedudukan diri sendiri. Para pengundi hanyalah sebagai alat untuk mereka peroleh kuasa. Semasa ku kechil-kechil, hidupku dalam air. Apabila dewasa, ku ke darat. Semoga berudu yang ada terbantut pembesarannya.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Rakyat dah menolak semua specie katak. Kalau nak bunuh diri silakan melompat.

    BalasPadam
  2. Politik semenanjung tidak sama dengan Sabah. Untuk senario semenanjung PRK pasca PRU 14 boleh dijadikan titik tolak bahawa PH tidak selamat serta semakin goyah dalam menghadapi PRU 15 dan MN akan menang besar.Yang akan hilang dari radar politik serta boleh diabaikan ialah Amanah kerana semua pimpinannya tidak boleh diharap kerana sekadar mengekori bontot DAP

    BalasPadam
  3. Ibarat menonton bola perlawanan akhir distadium.. terpekik terlolong penyokong memberikan sokongan kepada pasukan idaman.. kegembiraan bukan kepalang bila pasukan pilihan menang.. melompat dan bercerita seminggu dua.. pasukan idaman dan pemain membolot hadiah wang lumayan.. dinaikkan gaji.. menerima bonus dan juga wang tajaan.. salah haribulan tanah kerajaan negeri juga dianugerahkan.. sedihnya penyokong tidak mendapat apa2.. tiket bola kene beli... minyak dan tol kene bayar.. belum lagi hotel dan belanja makan.. itulah nasib rakyat.. yg kenyang pemimpin.. ape nak buat.. itu yg rakyat suka buat.. itulah yg pemimpin harap dari rakyat.. paling baik pun hanya dapat ehsan cuti sehari.. dapat itu pun rakyat dah bergembira tahap lupa dipergunakan..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.