Header Ads

ads header

Flash News

Pusat Hiburan Zaman Covid19


1) TS Muhyiddin berseloroh kata pusat hiburan tutup terus pun takapa. Pemimpin PAS setuju, suruh berhibur saja di rumah. Hanipa marah membela pekerja pusat hiburan. DAP mengamuk memaki PAS sebagai hipokrit dan mengaitkan dengan nasib pekerja sektor berkenaan serta ekonomi negara.

2) Sebenarnya kita kena faham bahawa kedua-dua pihak mempunyai fikrah yang berbeza, dan logik kedua-duanya berbeza. Bagi PAS dan TS Muhyidin, logiknya pusta hiburan tutup pun bagus, sebab mengurangkan aktiviti merepek dan juga boleh menyebabkan muncul kluster-kluster Covid19. Bagi YB Hanipa dan DAP pula mereka memandang dari sudut periuk nasi pemain industri hiburan.

3) Kita kena harmonikan pandangan kedua-dua pihak. Pusat-pusat hiburan kita tutup. Tak perlu dibuka. Pemian industri serta pekerja bidang hiburan akan diberi inisiatif sebagaimana Penjana dan sebagainya yang bersesuaian. Dan industri hiburan perlu ditransform kepada platform online berbanding premis-premis konvensional.

4) Apabila ada platform yang khusus online, dapatlah berhibur di rumah sebagaimana saranan PAS, dan dapat mengelak penularan Covid19 sebagaimana kehendak TS Muhyidin. Nasib pekerja bidang hiburan akan dibantu untuk memfamiliar dan adapt dengan norma baharu berhibur secara online serta memperoleh keuntungan secara online. DAP dan YB Hanipa akan lega.

5) Pusat hiburan secara online ini bukan sahaja mengawal penularan Covid19, bahkan mengawal juga aktiviti merepek yang keterlaluan, mengawal kemabukan arak para pelanggan premis, mengawal insiden pemandu mabuk langgar mati orang, mengawal kemasukan pendatang haram untuk bekerja dalam pusat hiburan, dan macam-macam lagi benefit besar.

6) Yang akan melenting dan marah adalah golongan tauke, taiko, kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti pusat hiburan. Yang akan marah adalah kawan-kawan rapat tauke. Harap jangan marah. Fikir peluang bisnes cara online pula. Norma baharu, tauke dan kawan baik tauke pun kenalah belajar adapt.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

MR :  AMANAH ada berani komen?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. memang elok pun ditutup...

    baru la orang melayu yang bodoh tak pergi bekerja di pusat hiburan milik cina ni semua.

    tapi biasalah...
    melayu tak semestinya islam.

    BalasPadam
  2. Saya bukan penyokong mana mana ahli politik, tapi saya rasa tutup jalan terbaik, sebab majority yang mengunjungi pub ni orang islam siapa pun yang buat kajian mereka pasti mengatakan keburukan lebih bank daripada kebaikan, kesian generasi kita. Saya rasa banyak lagi kerja lain yang mereka boleh buat daripada berkerja di situ.

    BalasPadam