Header Ads

Header ADS

Rais Yatim YDP Dewan Negara baharu dengan 45 undi menyokong


KUALA LUMPUR:
Pengerusi PPBM Negeri Sembilan Rais Yatim dilantik Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

Keputusan melantik Rais dibuat melalui proses pengundian memandangkan terdapat lebih daripada 1 nama dikemukakan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Abdul Halim Abd Samad mengumumkan pemilihan Rais selepas calon daripada kerajaan itu mendapat undi tertinggi mengatasi seorang lagi calon menerusi keputusan undi bersurat.

“YB senator Rais Yatim mendapat 45 undi dan YB Yusmadi mendapat 19 undi dan seorang tidak hadir.

“Dengan ini YB senator Rais Yatim dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu,” kata Halim.

Usul pencalonan Rais dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan.

Hanya Rais calon tunggal daripada pihak kerajaan.

Selain Rais yang dicalon sebagai speaker, wakil pembangkang turut menamakan 2 calon mereka iaitu Yusmadi Yusoff dan senator Theodore Douglas Lind.

Pencalonan Yusmadi dibuat Ahmad Azam Hamzah dan Douglas dicalonkan Marzuki Yahya.

Bagaimanapun, pencalonan Douglas ditarik balik apabila beliau menolak pencalonannya.

Terdahulu, sebelum pemilihan dibuat Dewan Negara kecoh seketika apabila wakil senator daripada pembangkang membantah pencalonan Rais yang dibuat perdana menteri.

“Perdana menteri bukan ahli senator, sepatutnya pencalonan perdana menteri ditolak, sepatutnya yang mencadangkan ialah dalam kalangan ahli senator sahaja,” kata senator Mohamad Imran Abdul Hamid.

Turut membuat bantahan sama senator Nga Hock Cheh mewakili DAP yang berkata pencalonan Rais tidak sah kerana dicadang oleh Muhyiddin.

Halim kemudian memaklumkan, pencalonan itu tidak bertentangan peraturan Dewan Negara memandangkan perdana menteri merupakan pengerusi Dewan Rakyat dan Negara.

Rais dipilih sebagai speaker Dewan Negara ke-18 bagi menggantikan SA Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu.

Selepas keputusan diumumkan, Rais terus mengangkat sumpah di hadapan 64 daripada 65 wakil senator.

Dalam ucapan sulungnhya, Rais berterima kasih kepada ahli senator yang menyokong pelantikannya.

“Terima kasih juga kepada perdana menteri, barisan jemaah menteri,” katanya.

#Sumber :  FMT  

MR :   Tahniah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.