Header Ads

ads header

Flash News

Saya PM sah selagi Anwar tak buktikan majoriti - Muhyiddin


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

Perdana Menteri berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk menubuhkan kerajaan, perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Saya mengambil maklum kenyataan Anwar yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

"Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan PN masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta rakyat supaya bertenang menghadapi situasi itu yang akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Anwar berkata, beliau sudah diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

#Sumber :  BH    

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ko jadi PM pun tak pernah disahkan.. hanya rakyat je kene percaya kat YDPA.. YDPA cakap ade cukup sokongan.. bila diminta buktikan diparlimen macam2 cara ko guna supaya ko tak payah tunjuk sokongan cukup kau kononnya tu.. sbb tu rakyat ramai masih sangsi dgn apa YDPA cakap.. tapi takleh nak cakap lebih2 pasal nanti dicop derhaka kat Agong.. ko hanya PM atas lantikan Agong.. itu saje.. jadi tak payahlah ko nak mintak Anwar tunjuk cukup sokongan.. ko dulu buat benda sama kau dah lupa.. malu jadi PM cenggini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tu suruh la Anwar buat benda yg sama. Ada berani ke? Ko tahu Tak Anwar tu sembang je lebih macam ko juga la.

      Padam