Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Serang BERSATU kini Lokman menyerang PAS pula


Bekas ahli buangan Umno mendakwa, Pas kini dikuasai oleh tiga pemimpin parti itu yang dinamakan sebagai ‘Geng Publika’ yang sentiasa bermesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut bekas orang kanan Datuk Seri Najib Razak, ketiga-tiga mereka adalah Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan AJK Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

“Ketiga-tiga mereka inilah berunding dengan Hamzah Zainuddin secara senyap-senyap sehingga tertubuhnya PN (Perikatan Nasional) secara senyap-senyap walaupun sudah bersama Umno dalam Muafakat Nasional,” kata Datuk Lokman Noor Adam dalam siaran FB Live beliau lewat malam tadi.

Lokman, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi menterinya sentiasa mendedahkan apa yang berlaku di belakang tabir politik Umno dalam siaran FB Live beliau.

Menurut Lokman, ketiga-tiga mereka inilah juga menjadi orang kepercayaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sentiasa bertemu di Publika, sebuah pusat membeli belah elit di tengah ibu kota.

“Kita fahamlah, dalam usia dan situasi Tok Guru Haji Hadi sekarang, dia banyak delegate (serahkan) kepada orang lain untuk bincang. Dia tidak mikro manage lagi,” kata Lokman menjelaskan bagaimana banyak keputusan Pas diserahkan Hadi kepada tiga orang ini.

Menurut Lokman, Pas mula melukakan hati Umno apabila menyertai Kongres Penyatuan Melayu yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad padahal muafakat antara Umno dan Pas pasti membuahkan kejayaan.

“Tun Mahathir ni tuan-puan macam Mat Sabu kepada Pas lah. Mereka ni pengkhianat kepada parti asal mereka tetapi Pas tak sensitif kepada perasaan Umno apabila bersama Mahathir.

“Apa perasaan Pas jika Umno menyertai majlis yang dianjurkan oleh Mat Sabu dan AMANAH. Sudah tentu Pas marah. Begitulah perasaan Umno bila Pas buat macam tu,” kata Lokman.

Ketika itu, kata Lokman, Presiden Umno pula menghantar Setiausaha Agung Umno, Datuk Annuar Musa.

“Perangai Setiausaha Agung Pas (Takiyuddin) ni tuan puan samalah dengan perangai bekas Setiausaha Agung Umno ni sekarang.

“Sekarang Annuar Musa lebih setia lagi kepada Muhyiddin berbanding dengan Presiden Umno. Sebab itulah, dalam kes sidang media Anwar Ibrahim ni, Zahid kata lain, Annuar Musa kata lain,” jelas Lokman Noor Adam.

Sebaik sahaja Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku ada ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar dan beliau tidak boleh menghalangnya.

Namun Datuk Annuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Menteri Wilayah Persekutuan pula meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya mengejut diadakan.

Langkah itu katanya, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan pemimpin pilihan mereka sekali gus menjadi jalan terbaik menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.

KENAPA PAS TIADA KERUSI DI SABAH

Dalam siaran FB Live lewat malam tadi juga Lokman mendedahkan Bersatu yang telah gagal memberikan kerusi kepada Pas dalam pilihan raya negeri Sabah.

Ia berlaku apabila dalam perundingan, Pas mengambil sikap untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya di Sabah, bukan bersama BN yang dipimpin Umno.

“Dalam rundingan BN dan PN, mereka setuju 42 (dari 73) kerusi di Sabah diberikan kepada BN manakala selebihnya akan ditandingi oleh PN.

“Tiba-tiba selepas Pas bersama dengan Bersatu dalam PN, tiada kerusi diberikan kepada Pas. Jadi itu kena tanya Muhyiddinlah,” kata Lokman selepas ditanya oleh seorang penyokong Pas kepada beliau kenapa Pas tidak ada sebarang kerusi di Sabah.

Lokman menjangkakan ada beberapa sebab kenapa Pas berdiam diri selepas dikhianati sedemikian rupa oleh Bersatu.

“Mungkin Pas sasarkan perkara yang lebih perlu bagi mereka seperti royalti minyak di Terengganu yang ada banyak lagi belum dibayar kerana mereka sedang mencari dana untuk pilihan raya sekarang,” kata Lokman kerana Perdana Menteri yang mampu menunaikan kesemua perkara itu.

MR :  Siapa pimpinan UMNO yang tukang support (pelihara) Lokman ni?   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. tiada siapa pun yang sponsor. lain le orang pas yg tgh syok jadi menteri

    BalasPadam
  2. Kalau masaalahnya PAS bersama BERSATU dalam PN dan UMNO dalam MN hanyalah untuk Perpaduan Ummah, kalau tidal siapa lah yang menjadi jambatan kepasa kedua dua patti tu. Ini juga akam mengekalkam pemerintahan ideologi Melayu Islam setidak tidaknya di Kedah, Kelantan dan Terrengganu dan kalau AMANAH nak sertai MN saya rasa tiada massalah tapi antara BERSATU atau UMNO jadi jambatannya. Rasanya mereka sanggup letak jawatan dari Menteri demi penyatuan itu

    BalasPadam
  3. Sekarang balik kepada oangkal jalan Umno,Bn,+mca,+mic menjadi MUAFAKAT NASIONAL,Itupun jika menteri dan timbalan menteri dari pas sedia berkorban jawatan akan tamat.PN(PPBM asalnya) sudah keluar dari PH.Sekarang ada PKR,AMANAH dan DAP(setakat harini) sebagai PH dan PEJUANG adalah tunggal pejuang(setakat harini).jadi bila pru 15 diadakan maka MN(muafakat nasional)vs PH vs PN vs PEJUANG. BAGILAH PELUANG RAKYAT MEMBERIKAN MANDAT YANG SEPENUH PENUHNYA KRPADA MANA MANA PARTI YANG BERKENAN DIHATI RAKYAT.BYE SALAMUALAIKUM......

    BalasPadam
  4. Budak ni baru celit politik.. Kaki lompat juga kalau ada kerusi diperlimen atau Dun.. Dia bercakap pun sebab takut sumber pendapatan dari UMNO hilang sebab tu melalak tak tentu hujung pangkal.. PAA ada prinsip penyatuan menjauhkan diri dari pengkianatan.. MN atau PN adalah penyatuan Bangsa melayu dan kaum lain.. Dalam MN kebanyangkan Perti Melayu.. Dalam PN terdiri perbagai parti kaum dan etnit... Jangan nak jadi calon PRU 15 kau melalak tak tentu.pasal salahkan orang kiri dan kanan.. Cermin diri dulu sebelum ini kamu dulu dari parti mana... Kau kianat parti atau kau dibuang oleh parti lama dulu

    BalasPadam
  5. Bodoh lah si Lokman ni, sekarang ni permuafakatan Melayu lebih penting. Jangan pentingkan diri sendiri itu aje matlamat. Cuba buka sikit minda tu kenapa pergabungan sesama Melayu harus di lakukan sekarang ini. Kerana terdapatnya Melayu yang jiwanya ada roh kafir yang akan menghancurkan Melayu secara dalam macam dia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni siapa..? Berhati hati dalam menilai... Nanti kembali ke muka sendiri.

      Padam
  6. Dia nih nak lepaskan tengkok bos dia je...sipenyamun 1mdb...org sebok nak bergabung utk utk kema negara...utk memerangi covid...untuk membantu rakyat yg terjesan...dia sebok melalak nak bantu hantu kak mah..nak bantu bos kurap...pigi dah...terima kasih Abah...

    BalasPadam
  7. Semakin melalut sejak di pecat oleh UMNO sehingga semua perkara di perkatakan hingga apa yang semua kain orang di selak. Realitinya beliau hanya cuba menggunakan modal politik dan perangainya sebijik macam Atuk yang serba tahu. Saya pernah menulis tentang beliau dan tidak perlulah lagi untuk menulis tentang sifat-sifat sebenar beliau.

    BalasPadam
  8. Dah kena buang.cari lubang nak cover la tu puihhhh

    BalasPadam
  9. Kenyataannya hendaklah dilihat dan dinilai sebagai positif.Kenyataan pemimpin Pas kebelakangan ini dilihat amat tidak bermaya,pemimpin negeri(Dun)hingga ke pusat.Mabuk piteh barangkaki,Dapat piteh beli keta,Keto hok lamo dok bekilat lagi. Rakyat nak minum air merah nyala,Konon hendak ikut sunnah dengan berpandukan Alquran.Pimpinan Ulamak.Bertaubatlah dan serahkanlah pimpinan kepada yang benar ikhlas. Bukannya kpd yang sombong bodoh.

    BalasPadam
  10. Tak payah lah nak laga lagakan parti yg nak bersatu. Berkokok sana sini. Mcm bukan seorg org Islam je buat perangai mcm tu.

    BalasPadam
  11. Sebelum aku komen ingin aku ingatkan pada semua sistem demokrasi ini adalah 1 ciptaan freemason dgn matlamat tk mewujudkan segala mcm konflik dlm politik dgn agenda utk memecah belahkan sesama sendiri.setiap parti politik sudah pasti ada agenda tersirat masing2.walaupun nampak spt bagus akan tetapi muslihat disebaliknya hanya mereka terlibat sahaja yg tau.pendapat aku keluarnya bersatu dr ph dan menyertai MN sebenarnya ada agenda politik kpd pemimpin2 parti itu. Meskipun pada masa ini demi kesejahteraan rakyat malaysia kerjasama bn, pas dan bersatu sangat bagus demi negara sehinggalah tiba masa utk pru15.MN yg di wujudkan oleh BN dan pas sgt bagus ttp setelah ppbm ditsrima masuk dlm MN ia 1petanda akan berlakunya pertelingkahan,perpecahan dan mgkn kemusnahan kpd MN pd pru15 nanti!

    BalasPadam
  12. Budah ni gen lombat katak juga.. x dapat apo bila dah lampat..tu yg melalak sampai tokong siam

    BalasPadam