Header Ads

ads header

Flash News

'Serangan peribadi itu sudah dirancang'


KUALA NERUS -
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan penyebaran gambar lama ketika bercuti bersama isterinya di Belanda pada 2016 merupakan serangan peribadi yang sudah dirancang.

Beliau berkata, pelbagai kontroversi melanda dirinya termasuk penyebaran gambar percutian oleh sebuah portal berita selepas kes melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah dirancang pihak tertentu.

"Ya, apabila kita menjadi orang politik perlu bersedia untuk disabotaj. Apa yang berlaku keatas saya hari ini adalah serangan peribadi yang sudah dirancang untuk menyerang menteri-menteri di dalam kerajaan.

"Ia termasuk isu gambar yang ditularkan gambar saya ke Holland pada 2016. Gambar saya dan isteri itu diambil pada musim sejuk sedangkan saya ke Turki pada musim panas.

"Mungkin ada orang yang tidak tahu akan diperbodohkan oleh mereka, mungkin juga ada yang cerdik tetapi turut akan diperbodohkan melalui cerita yang direka oleh mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Kasih Kuala Nerus di Masjid Nur Bakti di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas organisasi media terbabit kerana membuat laporan palsu.

"Mungkin hari ini atau esok kita akan hantar surat guaman ke atas organisasi media terbabit bagi mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Terdahulu tular di media sosial gambar Khairuddin bersama isteri yang dikatakan bercuti ke Belanda semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lalu, katanya perkara itu diserahkan kepada pihak polis.

Mohd Khairuddin sebelum ini berdepan kritikan ramai susulan isu itu, malah terdapat desakan agar beliau meletakkan jawatan selain 27 laporan polis dibuat ke atasnya.

#Sumber :  SH  

MR :  Bersedia untuk di serang, tapi jangan beri peluru untuk diserang  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. betul...saya sokong MR

    BalasPadam
  2. Puak Pee H pimpinan parti kafir harbi biaDAP telah muflis kencing dan idea untuk menfitnah PN dan MN menyebabkan mereka dan RBA mereka menjadi sangat terdesak untuk menfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin parti Islam PAS kerana mereka melihat PAS memainkan peranan utama menyatu-padukan kaum Melayu Islam.

    Musuh Islam mahu umat Islam terutamanya kaum Melayu Islam berpecah-belah Dan menjadi sangat lemah supaya negara boleh diperintah semula oleh puak kafir harbi biaDAP dan khadam munafik liberal mereka.

    Cukuplah 22 bulan umat Islam dan agama Islam ditindas oleh musuh Islam.

    BalasPadam