Header Ads

ads header

Flash News

Shafie malas layan dakwaan Anwar


Shafie enggan ulas dakwaan Anwar, hanya mahu fokus Sabah

“Saya hanya mahu fokus negeri Sabah,” kata Presiden Warisan, Shafie Apdal, ketika ditanya berhubung pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa memiliki cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau mengulangi jawapan itu ketika ditanya sama ada partinya turut terlibat dengan dakwaan Anwar itu.

Shafie ditemui selepas menghadiri majlis bersama pengundi DUN Karanaan dan Paginatan di Dewan Masyarakat Ranau hari ini.

Anwar hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, daripada ahli Parlimen pelbagai parti dan pihak kerajaan, dan boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan.

#Sumber :  FMT  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bakal PM selama2nya. Boleh berangan aja lah nuar oooi.

    BalasPadam
  2. Atuk Kerala dan Shark-fie sudah kenal siapa kepala bapak liberal yang suka kencing rakyat dengan pelbagai cerita dongeng sejak dari zaman dia masih muda lagi.

    BalasPadam
  3. Dah jadi kerajaan 22 bulan penuh penipuan, dek kemaruk nak jadi PM tambah panjang akalnya menipu rakyat.

    BalasPadam