Header Ads

ads header

Flash News

Siapa Ahli Parlimen UMNO yang berpaling tadah - Rakyat sudah penat dengan semua sandiwara ini


1. Merujuk kenyataan Anwar Ibrahim semalam kononnya beliau bakal membentuk Kerajaan baru; ia bukan perkara baru dan mengejutkan. Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali-kali. Ia pernah dilakukan pada April 2008, September 2008, Februari 2020 dan terbaru semalam, September 2020. Kalau betul sudah memperolehi sokongan hampir 2/3 Dewan Rakyat, beritahulah kepada umum, berapa orang Ahli Parlimen yang menyokong dan dedahkanlah siapa Ahli Parlimen UMNO yang berpaling tadah.

2. Anwar sepatutnya malu. Di saat negara masih berperang dengan wabak Covid-19, beliau tergamak membuat perancangan menukar Kerajaan. Sedikitpun tidak mengendahkan kebimbangan rakyat sebaliknya hanya memikirkan kepentingan peribadi yang mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Cukup-cukuplah. Rakyat sudah penat dengan semua sandiwara ini. Sudah lebih 20 tahun negara terpaksa melalui krisis politik hanya kerana Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri. Ia langsung tidak menguntungkan negara.

3. Secara peribadi, UMNO tidak perlu layan propaganda Anwar Ibrahim. Saya melihat tujuan sidang media semalam adalah untuk mengalihkan perhatian khususnya menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beberapa hari lagi. Ia seolah-olah ingin mengelirukan dan menanam rasa bimbang rakyat terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan.

4. UMNO mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokong Anwar. Ini kerana, ia hanya akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa di negara ini seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara yang kita perjuangkan selama ini.

5. Apa jua yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah. Jentera UMNO dan Barisan Nasional telah berpenat-lelah dan berjuang selama berminggu berkempen demi memenangkan calon-calon kita. Jangan rencatkan usaha, menganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli UMNO dan jentera Barisan Nasional.

6. Pendirian saya teguh dan jelas – apabila saya mengambil keputusan untuk menyertai kabinet ini, ia berdasarkan prinsip dan sokongan penuh terhadap YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui tampuk kepimpinan negara.

7. Rakyat sudah cukup terbeban dengan isu ekonomi dan Covid-19. Ada yang dibuang kerja, dipotong gaji, tidak dapat pulang jumpa anak isteri berbulan-bulan. Malah, ada yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak ini. Jangan kita tambah lagi beban mereka dengan isu-isu politik. Kita juga perlu ingat, sekiranya situasi politik negara berterusan tidak stabil, usaha yang dilaksanakan Kerajaan demi rakyat selama beberapa bulan ini akan menjadi sia-sia.

8. Sejak kemelut politik ini bermula, ramai rakan pemimpin luar negara menzahirkan kebimbangan terhadap situasi di negara ini, terutama dalam konteks Covid-19. Kemelut ini memang tidak membantu mencerminkan imej sebenar negara di mata dunia apatah lagi di saat Kerajaan sedang berusaha menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama terutama demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi tempatan dengan rakan-rakan negara.

9. Apa jua ketidaktentuan ini, semua anggota Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan mesti beri sokongan padu kepada Perdana Menteri. Jangan kita menjadi anggota penting Kerajaan, menikmati kelebihan yang diperolehi tetapi pada masa yang sama tidak menyokong kepimpinan. Ini mesti menjadi peringatan oleh semua Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Ketua-ketua GLC yang dilantik.
10. Bagaimanapun, jika ada anggota Kerajaan yang bertekad sudah tidak mahu menyokong kepimpinan Kerajaan sedia ada, eloklah berundur dari Kerajaan. Kita harus tumpu usaha membina semula negara bukan sandiwara politik yang merugikan.
MR :  Nampaknya UMNO dah ada 2 geng   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Menyokong atuk non bererti parti Melayu menyokong Dajjal Action Party. Sanggupkah parti Melayu mengkhianati kaum Melayu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama berpuluh tahun memerintah sampai tergadai hampir semua milik melayu sapa punye kerja ni? Bukan Melayu punye keje ke? Ke kita dah lupa.. ke buat2 lupa.. ke memang species bangsa melayu ni sentiasa nak salahkan bamgsa lain jika dia buat salah.. siapa khianati siapa..

      Padam
    2. RBA rasis ternakan parti kafir harbi Dajjal Action Party menyalak histeria menghina dan memburuk-burukkan kaum Melayu Islam sejak gonna end tumbang baham tanah.

      Itulah modus operandi rasis RBA menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan kaum Melayu sejak sebelum PRU14 lagi.

      Orang bodoh sahaja pada RBA dan Dajjal Action Party.

      Padam
    3. Pembetulan perenggan akhir Komen 11:47 :

      Orang bodoh sahaja percaya pada RBA dan Dajjal Action Party.

      Padam
  2. Lama dia ni senyap.. ni rakan kongsi gelap dgn Azmin kartel ni.. Anwar nak naik terus mengelabah macam nak hilang nyawa.. haha.. belum naik PM betul2 tu.. apalah kes dia ni plak sampai ketakutan macam ni..

    BalasPadam
  3. Wah barua-barua atuk non sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak.

    Kalau setakat atuk non sembang tanpa sebarang bukti seperti senarai nama MP dan SD yang sah, budak tadika pun boleh sembang jadi PM.

    Bukankah bodoh orang-orang yang percaya pada dakwaan atuk non secara membabi buta tanpa sebarang bukti ?

    Otak letak mana ? Lutut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah sampai nak mengadap YDPA aku tak rasa itu dakwaan kosong... takkan saje2 nak mainkan YDPA.. Agong tu.. sbb tu geng2 PN panas tak tentu pasal.. takkan nak tunjuk bukti.. huhu.. bodolah buat macam tu.. nanti nama2 dalam list kene beli lagi.. tunjuk kat YDPA je.. dulu Muhyidin pun buat cam tu.. ko tak melalak plak.. sekarang ni Anwar punya game akan tentukan pendirian semua parti politik termasuk keadilan sebenar YDPA dan raja2.. tak nampak lagi ke?.. kalau Anwar tak jadi PM pun dakwaan ni dah berjaya merungkai byk persoalan.. sikap UMNO.. sikap PAS.. sikap Warisan.. sikap DAP.. sikap Amanah dan Pejuang..
      So otak tu bukan kat lutut tapi memang takde.. lepas tu paksa buah pinggang utk berfikir beginilah jadinya saudara..

      Padam
  4. Meletak sesuatu perkara yang tidak pasti diatas, menjadikan suatu itu berada dalam keadaan
    Adalah lebih baik kita memikirkan sesuatu perkara itu kearah yang lebih baik
    Kerana kuasa yang menentukan siapa perdana menteri Malaysia itu adalah kuasa rakyat bukan kuasa yang ada ditangan tangan MP yang ada diwaktu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong.. sbb tu kerajaan pintu belakang ni patut dikuburkan dan dikembalikan semula pada PH.. sbb mereka berdiri setelah adanya kerajaan yg dipilih rakyat utk mandat 5 tahun.. so kalau nak pilih lagi tunggulah bila mandat itu habis.. masa tu takde orang dah nak cari salah lagi..

      Padam
  5. Kalau benarlah ahli2 politik yg sedang dan yang akan didakwa itu boleh dilepaskan oleh PM ke 9, ini adalah satu perkembangan yang baik. Timbalan YDPA Sultan Nazrin seeloknya ambil alih dan segerakan Anwar mengadap. Inilah yang rakyat tunggu tunggu kan. PH yang dianggotai Anwar, PANDAP, Warisan, Najib, Zahid, KuNan, Bung Mukhtar, Azeez, Tajudin akan menghadapai MN/PN dalam PRU 15 nanti. Yang Batil JELAS dan yang Benar pun JELAS.

    BalasPadam
  6. Mata sepet balik tongsan dan mamak balik kerala.

    BalasPadam