Header Ads

ads header

Flash News

Sidang media 23 September adalah paku terakhir buat keranda politik Anwar?


Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (termasuk ahli-ahli Parlimen Warisan dan kumpulan Mahathir Mohamad) sentiasa mempunyai kekuatan moral dan hak untuk merebut balik Putrajaya sebelum PRU15, sebagaimana mandat rakyat pada Mei 2018.

Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui aksi pengkhianatan Langkah Sheraton itu wajar ditegakkan semula tanpa perlu menunggu PRU15.

Namun begitu, mengangkat semula mandat rakyat tanpa melalui pilihan raya sebenarnya adalah permainan kuasa elit politik semata-mata, tiada kena mengena lagi dengan rakyat. Pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka dengan berani, sebahagiannya berkorban wang ringgit dan masa berharga, termasuk terbang jauh dari luar negara untuk memilih kerajaan baharu.

Elit politik sibuk mengatur strategi, tawar-menawar, mengubah sifir politik seolah-olah undi rakyat itu komoditi yang boleh diperdagang. Wabak maut tidak menghalang mereka berpencak silat mencuri kesempatan. Hujung Februari itu koronavirus sedang mengamuk tetapi politikus licik lebih cepat menghidu peluang yang terbuka. Segalanya seolah-olah tidak boleh ditunda lagi.

Secara peribadi, saya tidak berminat, malah menyimpan amarah yang dalam terhadap permainan kuasa elit politik ini. Ia pasti sarat dengan elemen tawar-menawar, kepentingan diri-kabilah, juga amalan korupsi yang bercanggah sama sekali dengan agenda reformasi.

Bagaimanapun, kita sebenarnya tiada banyak pilihan; memilih yang buruk dengan menyisihkan yang terburuk. Kuasa yang dicuri itu harus direbut kembali. Misi pembaharuan dalam pentsdbiran yang tertunda itu mesti disambung, dengan pelaksanaan lebih tersusun.

Di atas segalanya, kepercayaan rakyat kepada sistem dan proses demokrasi yang terjejas teruk kerana Langkah Sheraton itu mesti dikembalikan segera. Khususnya orang muda, majoriti sudah muak-jelak dengan permainan elit politik ini. Ia dilihat kotor dan menjijikkan; ghairah bercakaran demi habuan dan mengisi tembolok ketika rakyat perih meniti hari-hari sukar.

Saya – seperti juga orang awam lainnya – tidak mampu untuk mempengaruhi apa yang akan berlaku. Sedangkan mereka cukup terkesan dengan perubahan kepimpinan dan peralihan kuasa. Soalnya, apakah kita hanya berstatus pemerhati pasif sahaja?

Ya, benar ini hanya permainan licik seputar 222 ahli Parlimen. Rakyat telah memberi amanah untuk mengurus-memulihkan negara yang hampir punah di bawah regim lama, malangnya sebahagian daripada wakil rakyat ini lebih sibuk dan ghairah menguruskan kepentingan politik masing-masing.

Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk negara tercinta, terutama di waktu pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi sekarang. Sidang media Anwar semalam permulaan kepada cerita yang lebih panjang dan mendebarkan. Macam-macam boleh berlaku. Ada yang mengikut skrip dan mungkin tercetus nanti peristiwa tidak terduga. Aksi khianat hujung Februari itu juga bukan semuanya menurut kehendak pengarahnya. Begitulah lazimnya pentas politik. Aktor tidak perlu menunggu arahan sutradara sepenuhnya. Masing-masing peka dan sensitif dengan kepentingan sendiri.

Moga rakyat terselamat daripada terus menjadi korban bertindih. Pengkhianat dan opurtunis politik yang mencuri kuasa 7 bulan lalu sememangnya harus didera. Namun gerombolan yang licik ini tentu ada perkiraan tersendiri demi survival pada setiap musim berubah.

Justeru, Anwar dan rakan-rakannya perlu lebih cermat, berhati- hati dan bijaksana. Jangan termasuk perangkap dan jerat musuh. Masa sama, saya masih menanti sikap politik rakan-rakan dalam Warisan dan penyokong Mahathir-Pejuang. Saya mengharapkan mereka turut tersenarai menyokong kerajaan baharu nanti. GPS yang keluar kenyataan menolak Anwar juga jadi tandatanya biarpun sudah dijangka. Satu lagi, sebagai pengerusi PH, kenapa Anwar semasa sidang media itu tidak diapit Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng? AMANAH dan DAP bukan lagi sekutu akrab dalam satu pasukan? Apakah ini gerak Anwar sebagai Presiden PKR semata-mata atau langkah berstrategi bertaraf super-sulit? Di mana kesatuan Pakatan Harapan dan rakan-rakan oposisi?

Apa pun persoalan berbangkit, moga pengakhiran yang baik menunggu, insya Allah. Ramai mendoakan penuh syahdu agar Malaysia yang teduh, redup dan sejahtera-makmur-adil buat semua warganya. Anwar sememangnya diberi mandat oleh rakan-rakan PH untuk memperolehi “cukup bilang”.

Secara peribadi, sejak kerajaan PH tumbang pada akhir Feb lalu, saya konsisten menyokong penuh usaha untuk merebut semula kuasa yang dirompak itu. Tidak timbul soal kemaruk kuasa seperti yang dituduh-ditohmah. Ia adalah amanah rakyat yang mesti dipertahankan, apatah lagi kerajaan pintu belakang yang didirikan itu dilihat mewarisi regim lapuk kleptokrasi dan korupsi. Apa juga langkah pembaharuan yang dimulakan terhenti secara tiba-tiba.

Namun, perasaan saya berbaur; gembira, bersyukur, risau dan agak gementar kali ini. Masih terlalu awal untuk membuat rumusan, apatah lagi kenduri kesyukuran hanya berdasarkan sidang media penuh nekad Anwar itu. Tunggu dan lihat, serta panjatkan doa. Pendamkan dahulu soalan bertali-arus. Beri peluang buat Anwar mengumpul sokongan menyelamatkan negara, memartabatkan semula mandat rakyat. Selamat maju jaya Anwar.

Seorang kenalan sempat menitipkan soalan tambahan: “Sidang media tengahari Rabu itu ibarat paku terakhir buat keranda …. soalnya keranda siapa?”

AHMAD LUTFI OTHMAN

MR :  Juga keranda untuk AMANAH  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Tujuan UMNO terang lagi bersuluh, kuburkan PKR dan pembubaran Parlimen

    BalasPadam
  2. Kita cabar atuk non untuk mendedahkan nama-nama MP yang menyokong beliau dan SD mereka. Jika setakat sembang lebat tetapi habuk pun tarak, buang masa sahaja !

    BalasPadam
  3. Kita pun cabar Muhyidin mendedahkan nama-nama menyokong beliau.. jika setakat sembang PM ja tak berani buat undi kat parlimen habuk pun tarak.. buang masa sahaja!.. selagi tak buat Muhyidin takkan tenang sbb akan sentiasa ada orang nak cabar dia buktikan.. cukup ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Non yang membuat dakwaan, mengapa Muhyidin pula yang perlu membuktikan kebenaran dakwaan Non ? RBA buat desakan bodoh berlapis-lapis.

      Oleh sebab Non yang buat dakwaan, maka menjadi tanggung jawab Non (bukan Muhyidin) untuk membuktikan dakwaannya.

      Nampaknya RBA ternakan roket cuba berlagak pandai tetapi malangnya RBA jahil murakkab tentang undang-undang.

      Padam
    2. Asal ph dan DAP je mesti bodoh... China ngara lain bijak...tapi China malay DAP ni pulak bodoh dan hancing...x malu ke...khinzir pun ada tau malu🤣

      Padam
  4. Pengumuman ini sebenarnya adalah perangkap buat Mahathir.. DAP , Amanah dan Warisan selama ni percaya Mahathir bukan insan yg terlibat dalam pebunuhan kerajan pintu belakang.. jadi mereka masih berbelah bagi utk memberikan Anwar atau Mahathir sokongan.. dgn cara Anwar ni Mahathir nak tak nak kena berlaku jujur.. haha.. kalau dia tak sokong Anwar maka dia memang terlibat dalam langkah sheraton.. kalau dia tak sokong Anwar maka dia akan ditendang Amanah DAP dan Warisan.. akhirnya Anwar akan dapat sokongan jitu.. kalau dia sokong lagilah pecah segala temberang dia selama ni.. hahaha.. kena dah orang tua ni..

    BalasPadam
  5. Menyokong Anwar ertinya menyokong DAP. Kita perlu tolak DAP dan tolak Anwar.

    BalasPadam
  6. Berbagai tuduhan keatas semua pemimpin parti politik, kerana ada sesuatu kepentingan peribadi MP itu sendiri
    Untuk mencapai nya cita cita berbagai kata dan kenyataan telah dibuat
    Dengan itu rakyat lah yang Jadi mangsa ke benggungan nya untuk menentukan pemimpin yang terburuk dan yang mana terbaik
    Melihat keadaan ahli politik sekarang ini tidak ada yang baik semua pemimpin dan ahli parti politik ada undang disebalik kata perjuangan nya.
    Yang jadi mangsa adalah rakyat jelata nya

    BalasPadam
  7. Buat sidang media dulu untuk umum jadi PM pelik ye. TSMY takde buat dulu pun. Tun M pun tak buat begitu.DSNR pun tak pernah buat gitu.Pelik juga politik DSAI ini.suks ikut belakang. Kalau dituduh TSMY ikut atap takpe lagi. Ikut jalan belakang ni yang lagi bahaya ni.

    BalasPadam
  8. Hari yang sama,suasana PRN sabah yang sama,dua orang membuat sidang media.Satu buat sidang media kemaruk kuasa nak jadi PM lagi, satu buat kenyataan media nak beri peruntukan wang negara kepada rakyat.Sangat jauh berbeza,antara kepentingan peribadi dengan kepentingan rakyat.Rakyat didahulukan. PM MY tak pernah sebuat nak jadi PM tapi takdir Allah dia diangkat dan PM MY tak cibuk cari salah musuh politik.PM MY hanya sibuk nak beri duit negara kepada rakyat.
    Jika kembali PH menguasai negara, 22 bulan telah bukti awal menyusahkan rakyat.ugut rakyat,tarikh duit orang miskin dan cibuk salahkan lawan politik

    BalasPadam
  9. Penyamun..?
    Pintu belakang..?

    aloo brader... AGONG yang pilih...
    lu sapa nak persoal.?

    tak guna sembang mandat rakyat..
    segalanya terletak di tangan agong nak terima atau tidak.

    terlalu asyik berenang dlm mangkuk jamban demokrasi ..jadi la camni.

    BalasPadam
  10. Mengharapkan yang benar,masih lagi bercelaru,sampai bilalah orang berpolotik akan begini,agaknya sampai kiamat..jawablah sendiri..🙃

    BalasPadam
  11. kejar kuasa dan nk lari dari undang2

    BalasPadam