Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan Perdana Menteri – PAS mohon penjelasan Umno


PAS
terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen Umno terhadap YAB Perdana Menteri.

PAS merasakan jika benar keadaan ini, ianya bermakna Umno telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.

Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Umno atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak Umno untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini.

Islam Memperkukuh Perpaduan

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
7 Safar 1442


#Sumber : – HARAKAHDAILY 25/9/2020    

MR : Nampak macam UMNO mahu mengungut Bersatu   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. tolong le diam takiyuddin. tolong le

    BalasPadam
  2. Kenapa takiyuddin kena diam? Sedangkan UMNO dengan bangganya mengatakan ada MP UMNO sokong Anwar? Takiyuddin hanya perlukan penjelasan kenapa UMNO sanggup sokong Anwar? PAS will have to do the next move. Itu pun Tak boleh fikir ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..sokong sgt2.tahniah pn dan mn

      Padam