Header Ads

ads header

Flash News

Solat jemaah jarak ijtihad ulama, jawab Menteri Agama kepada Ustaz Kazim Elias


IPOH, 12 Sept —
Garis panduan solat berjemaah di masjid dan surau ketika negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dibuat berdasarkan perbincangan antara para ulama menerusi Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian merujuk kepada rakaman video berdurasi dua minit seorang pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang meminta amalan norma baharu solat berjemaah yang bercanggah dengan Islam dikaji semula.

“Tatacara solat berjemaah yang dilaksanakan ketika ini telah diperjelaskan secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh Covid-19’ yang saya hasilkan, dan boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

“Sebenarnya ini (pelaksanaan solat berjemaah) telah dibahaskan oleh para ulama, jadi ada perkara-perkara yang kita nampak macam bercanggah tetapi semuanya ijtihad-ijtihad ulama telah dijelaskan dalam buku itu dengan mengambil kira pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan negeri, bahkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak bertemakan  ‘Jaringan Dakwah Pengislah Ummah’ di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Zulkifli berkata objektif program itu dilaksanakan untuk mewujudkan sekretariat rangkaian dakwah NGO di peringkat negeri di bawah punca kuasa aktiviti dakwah JAIPk.

Selain itu, katanya, ia juga dapat membentuk pelan perancangan dakwah negeri diwujudkan, mewujudkan carta aliran kerja yang jelas, fokus dan bersistematik selain mampu memanfaatkan kaedah-kaedah baharu teknologi terkini di dalam gerak kerja agensi dakwah di Perak.

“Ia juga dapat mempertingkatkan kredibiliti pengurusan gerak kerja dakwah sebagai pemangkin kepada transformasi pembangunan negeri sekali gus menyelaraskan gerak kerja dakwah di negeri ini melalui kegiatan aktiviti secara kolaborasi bagi meningkatkan kefahaman mengenai agama Islam,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin. — Bernama 

#Sumber : www.projekmm.com   

MR :   Komen Wahabi tak ada ke? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sepatutnya dah kena review penjarakan sosial dlm solat..kalau boleh x perlu lah diamond shape tu...cukup dgn jarak bersaiz seorang makmum...
    Dlm kapalterbang dan bas berjam2 boleh jer xde penjarakan sosial kalau x airlines mati nak cover cost utk vacant seat atau passenger mati nak beli utk dua seat...
    Solat hanya beberapa minit...kena semak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong.. masih perlu penjarakkan 1 meter utk beberapa ketika lagi lagi tapi tak perlu dah shape diamond tu.. kalau nak rapat2 pun boleh tapi karpet saf yg digunakan kene sanitizer setiap kali lepas solat spt yg dilakukan airline dan bas2 express.. itulah beza dia.. dalam masjid surau diorang pakai kaki ayam je.. lepas tu ade pergerakan sujud.. sentuhan tak berlapik jadi byk..

      Padam
  2. Kesian MR.. nampak sgt makna Wahabi pun dia tak tau.. rugi hidup kalau tak reti nak berpikir dan menilai walaupun diberi akal.. mungkin Allah dah tutup pintu hati tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akal pun kena berasaskan iman dan taqwa, kalau tidak akal akan ikut nafsu dan syaitan.

      Dah betul..wahabi pemecah umat

      Padam