Header Ads

ads header

Flash News

SPRM perlu jelaskan kewajaran portal Mandarin


Saya ambil maklum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam suatu kenyataan rasmi di laman Facebook berkenaan pelancaran portal bahasa Mandarin.

Usaha ini dikatakan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Saya memandang serius isu ini dan menganggap tindakan berkenaan adalah sangat tidak wajar kerana mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sewajibnya difahami oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira Melayu, India, Cina, Kadazan, serta lain-lain bangsa dan suku yang mengaku menjadi warganegara Malaysia.

Perlu diingat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 152.(1)(a) yang menyatakan: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain”.

Tindakan mewujudkan portal ini bahkan akan menggalakkan pihak-pihak lain untuk mengikuti langkah yang sama apatah lagi dilakukan oleh sebuah agensi kerajaan.

Apakah SPRM ingin mengatakan bahawa salah laku rasuah yang tinggi berpunca daripada kegagalan memahami portal SPRM dalam bahasa Melayu?

Persoalan ini perlu dijawab oleh SPRM.

Pada masa sama, saya menggesa agar Pindaan Akta DBP 1959 dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang agar peranan badan itu tidak dilihat hanya memberi galakan penggunaan bahasa Melayu semata-mata, sebalikya memberi punca kuasa kepada mereka bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap penggunaan bahasa Melayu.

Tidak ada toleransi terhadap tindakan merendahkan martabat bahasa kebangsaan!

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS.

MR :  Melayu terpaksa belajar Bahasa Cina supaya mudah kerja.. akhirnya Malaysia carca merba  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. nak juga beri komen mengapa perlu rasuah juga ditulis dalam bahasa cina, kerna dah 63 tahun dok sini tak reti2 lagi bahasa malayisa, lagi pun mesti ada pemberi maka akan ujudlah penerima, issue ini agak sensitif, kiv dulu

    BalasPadam
  2. Apakah nama negara kita ? Malaysia atau Republik Rakyat China ?

    BalasPadam
  3. Dulu kalau PH buat melayu akan melalak dan meroyan tak ingat.. tapi sekarang bila PN buat perkara sama melayu2 yg meroyan ni dapat menerima dgn penuh kesyukuran apapun kerajaan PN buat.. pasal tu diorang dah tak melalak.. asalkan pemerintahan melayu sudah mencukupi.. kalau tukar bahasa kebangsaan jadi mandarin pun rasanya melayu2 meroyan ni akan memberi sokongan.. pemimpin2 UMNO yg dulunye melalak kepada PH atas isu spt ni pun dah senyap dan menerima dgn sepenuh hati..

    BalasPadam