Header Ads

ads header

Flash News

Tahniah MindaRakyat, DetikDaily, kemana menghilangnya Tranungkite?


Tuan Editor,

Saya sebagai pembaca tegar semenjak 1998 rasa sangat gembira apabila laman Detidaily beroperasi semula. Detikdaily setakat sehari dua ini masih mengekalkan konsepnya yang menyiarkan artikel terbuka tanpa mengira kepartian. Ini adalah sangat sesuai untuk pemikiran politik kini yang mana baik dan betul akan dipertahankan tak kira datang daripada pihak parti mana. Yang salah akan dipersoalkan.

Budaya pemikiran begini sangat baik dan saya merasakan tindakan DetikDaily sangat bertepatan dengan keadaan politik kini.

Seperti yang dijanjikan artikel DetikDaily tidak akan sama dengan MindaRakyat. Memang benar jadi bila saya membaca MindaRakyat dan Detikdaily saya merasakan pembacaan itu melengkapi hampir keseluruhan berita yang tersebar. Teruskan perkara ini nampaknya semacam DetikDaily adalah pelengkap kepada berita/artikel pada laman MindaRakyat.

Tuan Editor boleh saya bertanya adakah Admin DetikDaily Nordin Ali ini adalah penulis blog yang sangat kontraversi sekitar 2015 dan muncul sekejap 2016 dan terus menghilangkan diri?

http://nordinali.blogspot.com/

MindaRakyat pula artikel yang berbentuk umum dan penulisan yang kebanyakannya datang daripada cara dan gaya politik di media massa membuat saya teringat kepada laman TranungKite.

Tuan Editor,

Kenapa TranungKite (yang lebih dikenali TKO) sehingga kini masih belum beroperasi? Kemana perginya server TKO yang kami sama-sama tolong derma untuk dibeli? TKO sangat maju sehingga kena beli beberapa server dan kami bangga turut menderma atas pembelian itu?

Adakah server TKO terbiar?

Harap jika adalah orang yang terlibat dengan TKO membaca surat ini, minta tolonglah hidupkan semula TKO bersama dengan MindaRakyat dan DetikDaily.

Bekas Otai Reformasi

MR :  Admin Nordin Ali itu saya tak pasti. Sebahagian server TKO pernah digunakan oleh BuletinOnline. Adakah TKO akan beroperasi semula semperna PRU-15, tak pasti. Tapi biasanya bila seorang itu pernah menjadi General Perang Cyber... dia tak mati sendirian dia akan berperang juga yang walaupun angkatan perangnya mempunyai team lain. DetikDaily boleh di layari melalui url https://www.detikdaily.net/  . Surat pembaca boleh diemel kepada mindarkyat@gmail.com


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sebenarnya ketika admin TKO baru pulang dari Umrah beliau berjumpa dengan arwah abang saya yang menjadi pemegang amanah TKO untuk menutup laman TKO. Arwah bertanya apa masalahnya, adakah kerana TKO kekurangan sumber, beliau menjawab bukan sebab itu.

    Bagi beliau laman TKO mula memaparkan berita-berita fitnah yang mana penolong admin TKO banyak meluluskan artikel berbau fitnah yang tidak sepatutnya berlaku. Arwah bagitau kalau boleh minta pendapat Shuhaimi Embong dulu, Pengarah IT PAS Pusat. Beliau kata tak nak ganggu Shuhaimi yang tengah sibuk.

    Itulah antara sebab kenapa admin TKO (Songkok Putih) yang masih belum dikenali sampai sekarang. Beliau banyak sangat guna nama-nama pena dan cipta bermacam-macam blog.

    Saya pernah berganding bahu dengan beliau ketika badan tubuh TGHH diserang oleh DAP dan puak anai-anai dok bersarang dalam PAS Pusat. Beliau menggunakan nama blog ### dan saya pula blog &&&@@&&, beliau tak kenal saya tapi saya kenal beliau dengan gaya penulisannya. Percaya atau tidak sampai sekarang blogger otai BN dan pro PR tidak mengenali beliau. Beliau kalau tulis artikel adakala beliau sendiri hentam habis-habisan artikel sendiri untuk menarik komen-komen dari musuh PAS sendiri.

    Kerana itulah antara sebab beliau menutup laman TKO tapi sejak akhir-akhir ni laman TKO mula timbul dengan hanya menggunakan blogspot bukan lagi domain Dot Net.

    Saya harap beliau terus bersama kita dalam perjuangan atas nama Islam. Ada satu hari saya nampak gambar beliau dalam satu group tapi sampai sudah dia tak mengaku sebagai Songkok Putih a.k.a nama sebenarnya$&&$$ @##$##$$.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa maklumat betul dan ada beberapa maklumat tidak tepat. Suhaimi Embong tidak terbabit.

      Padam