Header Ads

ads header

Flash News

Tak mustahil Shafie diangkat jadi Ketua Menteri kata Salahuddin Ayub


AMPANG -
Sabah memerlukan pemimpin yang benar-benar boleh mewakili rakyatnya dan individu paling layak mendapat mandat tersebut ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan perkara itu tidak mustahil walaupun Warisan Plus menang tipis dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah) semalam.

"Dinamika politik Sabah akan bergantung pada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti bebas lain yang pastinya membuat keputusan dalam beberapa jam ini.

"Terdapat juga pandangan tentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak diiktiraf. Jadi terpulang kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk buat keputusan sama ada Warisan Plus boleh membentuk kerajaan.

"Sudah tiba masanya Sabah memerlukan kepimpinan yang benar-benar boleh mewakili rakyatnya. Pada pandangan peribadi saya, kalau peluang itu ada, harus diberi kewajaran itu kepada Shafie sebagai Ketua Menteri,"katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pandan di sini hari ini.

Dalam keputusan PRN semalam, Warisan dan sekutunya memenangi 32 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang lima kerusi untuk kembali berkuasa manakala PBS memenangi tujuh kerusi dan kemenangan juga berpihak kepada tiga calon bebas.

Beliau berkata, keputusan PRN Sabah membuktikan pencapaian yang baik untuk Warisan Plus setelah Shafie menerima tekanan yang kuat.

Katanya, sebarang keputusan akhir di luar jangka juga tidak mustahil boleh berlaku.

"Terpulang kepada kebijaksanaan Shafie. Beliau boleh berbincang untuk membentuk kerajaan kerana PBS ada 7, bebas ada 3, sudah 10 kerusi. Jadi dengan jumlah yang Warisan Plus ada, campur dengan mereka sudah pasti dapat membentuk kerajaan.

"Kemudian mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sabah, mereka boleh melantik enam lagi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan,"katanya.

#Sumber :  SH  

MR :  Kalau ikut kiraan bodoh Salahuddin, semasa PRU-14 lalu UMNO dapat banyak kerusi kenapa tak berikan PM kepada UMNO kenapa beri kepada Atok yang penipu tu??


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Geng ni mmg gila kuasa. Kalah pun nak jadi PM lagi

    BalasPadam
  2. X bodoh bukan ph namanya,,
    Bodoh2...
    Ayob2...simapan bodoh to sikit ntok ank cucu

    BalasPadam
  3. Sampai bila rakyat Sabah perlukan Ketua Menteri yang dilantik Oleh orang luar. Sarawak dah lama tidak perlu orang luar tentukan siapa Ketua Menteri kenapa Sabah perlu cari pemimpin luar untuk tentukan siapa Ketua Menteri mereka.

    BalasPadam
  4. Bung Atau hajiji Dua2 boneka UMNO atau Bekas UMNO. Tak boleh ke rakyat Sabah pileh sendiri KM mereka yang bukan orang suruhan UMNO atau bersatu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah sesiapapun jadi KM.Apa yang penting jangan dari kluster pakatan hancing yang kuat temberang

      Padam
  5. jangan jadi manusia tahap bodoh dan meracau tak tentu arah, fikirlah menggunakan akal fikiran yang matang bukan dengan nafsu

    BalasPadam
  6. Oleh kerana grs yg memenangi prn sabah,,maka grs lah jd km sabah. Samada umno atau ppbm ,,nak buat mcmna, mereka menang atas tiket grs. Yg solehuddin baruwah dap ni nak menyibok apasal? Hang nak jd kerajaan dgn cara pintu belakang ? Dgn cara memancing katak2 pbs tu ka,,? Mana p maruah dan harga diri pan ? Pan oh pan,,pancacai...

    BalasPadam
  7. Harus ingat PKR mempunyai majoriti kerusi parlimen bukan Umno semasa PRU14 sebab kesemua PKR Amanah Dap dan Bersatu masa tu bertanding guna logo parti PKR bukan gabungan PH.

    BalasPadam
  8. Tolong berikan jawatan menteri pertanian kepada pemimpin pandap kerana tugas menteri pertanian pandap masih belum selesai lagi iaitu mengira ikan di laut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah..tetimakasih anon...lawak betullah...boleh la gelak sikit...

      Padam
  9. kalau macam itu tak payah susah payah buat pilihan raya buang karen

    BalasPadam
  10. Salahuddin jgn hipokrit utk menggalak adun jadi katak. Jadilah pemimpin yg berintrgriti.

    BalasPadam
  11. Apa2 pun Islam pilihan dunia akhirat. Jadikan panduan kehidupan untuk semua urusan.

    BalasPadam