Header Ads

ads header

Flash News

Tiada rundingan dengan pekebun Musang King


RAUB:
Pejabat Tanah dan Daerah menafikan mengadakan rundingan dengan pekebun durian berhubung isu penerokaan tanah haram di daerah tersebut seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini.

Menurut kenyataan Pentadbir Tanah Raub, dakwaan dibuat oleh peneroka tanah di situ dan dilaporkan oleh akhbar terbabit adalah tidak benar.

“Kita kesal dengan dakwaan pekebun yang disiarkan dalam akhbar tentang rundingan yang kononnya dilakukan Pejabat Tanah dan Daerah Raub dengan pekebun durian di tanah kerajaan.

“Tiada sebarang rundingan dibuat dengan wakil pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri pada 2 September 2020,” katanya semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pihak perlu bersikap bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan dakwaan palsu atau memanipulasi mana-mana pihak dalam isu berkenaan.

Akhbar tersebut semalam melaporkan pengusaha kebun Musang King mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan Pahang bagi mempertahankan kebun mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Chang Yee Chin, dipetik berkata, bagi mendapat keputusan ‘menang-menang’ rundingan kali pertama dengan Pejabat Tanah dan Daerah Raub telah diadaka dengan pertemuan berjalan lancar dalam suasana baik.

Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan terus bertegas dalam isu pekebun haram Musang King.

Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menangguhkan mengambil tindakan tegas ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan notis pengosongan tanah dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Raub sehingga 28 Oktober ini.

#Sumber : – UTUSAN   

MR :   Bila nak Sultan letak gambar, bila tak nak cakap Sultan ganggu politik, buat habis duit rakyat.. itu politik mereka 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. X payah. Berunding ngan babi,,,
    Pergi ceroboh buat pe babi,,,,
    Dh lame mkn hasil x ckop lagi ke babi,,,
    Belah jela dri tanah to babi
    Bawak balik sekali pokok2 musang babi yg ko tanam to letak tepi rumah babi

    BalasPadam