Header Ads

ads header

Flash News

Tun Mahathir, Pejuang Tiada bersama Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR:
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam senarai sokongan majoriti seperti yang didakwanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata penyertaan Dr Mahathir bersama parti baharunya, Parti Pejuang Tanah Airku (Pejuang) akan ditentukan kemudian.

“Dia (Dr Mahathir) tiada dalam senarai sokongan majoriti.

“Dia mungkin akan membuat keputusan kemudian.

“Buat masa ini, dia tidak termasuk,” katanya pada sidang media tergempar sebuah hotel di ibu kota pada Rabu.

Terdahulu, beliau mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat memetik Astro Awani.

Katanya, sokongan yang diperoleh itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan sebarang perincian lanjut.

Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

MR :  Habis majoriti Anwar dalam mimpi kot  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan