Header Ads

ads header

Flash News

UMNO, PAS, BERSATU Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi


KUALA LUMPUR – UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa dianggotai lima individu bagi rundingan pembahagian kerusi.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu diputuskan berikutan mereka mahu satu lawan satu dengan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH).

Katanya, UMNO juga memutuskan untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“BERSATU, PAS dan UMNO sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa lima orang bagi berunding mengenai pembahagian kerusi.

“Kita (UMNO dan PAS) juga mengutuskan surat untuk BERSATU menyertai Muafakat Nasional (MN). Namun, UMNO memutuskan tidak menyertai dalam protem pendaftaran PN,” katanya dalam ciapan twitter, hari ini.

Katanya, UMNO, PAS dan BERSATU juga sudah bermuafakat untuk berunding berhubung pembahagian kerusi.

“BN juga sudah memutuskan untuk terus menggunakan lambang dacing dan kita juga sudah memutuskan untuk menggubal manifesto bersama,” katanya.


Annuar berkata, dalam tempoh 27 bulan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Presiden UMNO terpaksa membuat pelbagai keputusan sukar.

“Namun, alhamdulillah setakat ini, semua keputusan itu membawa parti di mana ia berada sekarang. Presiden UMNO berfungsi dalam keadaan paling sukar.

“Beliau ditekan, dihina, didakwa, diperlekeh, ditikam depan dan belakang, kawan dan lawan.

“Namun, beliau tetap cekal, istiqamah dan menegakkan obor perjuangan parti, yang kini tetap dijulang megah, bersamanya tetap ada teman yang setia serta ahli parti yang sentiasa reda,” katanya.

Berhubung keputusan parti, Annuar berkata, selagi parti tidak mengubah keputusan, itu yang perlu beliau pegang.

“Jika keputusan parti tidak dipersetujui sesetengah pihak, itu kita serahkan kepada parti.

“Kalau Setiausaha Agung terpaksa tanggung sasaran akibat keputusan parti, itu nasiblah. Sudah memang begitu tugas Setiausaha Agung,” katanya. – BH Online

#Sumber : BH   

MR :   Terbaik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan