Header Ads

ads header

Flash News

Uncle Kentang marah sungguh, “Negara alami musibah, kepala hotak kau berebut mau jadi PM…”


Sejak semalam, isu seorang ahli politik yang mendakwa telah mendapat majoriti sokongan untuk menubuhkan kabinet baharu serta menyatakan kerajaan sedia ada sudah tumbang telah mengejutkan ramai.

Namun begitu, sidang media yang dibuat pada tengahari semalam telah mencetuskan pelbagai sindiran dari rakyat sehingga seorang figura yang terkenal di media sosial iaitu Uncle Kentang tampil menulis kiasan di media sosial miliknya.

Sindiran buat ahli politik

Dalam muat naik Kuan Chee Heng, dia telah menyertakan sekali gambar tindihan kerusi dengan kapsyen bertanya sama ada cukup ataupun tidak kerusi-kerusi tersebut untuk jadi perdana menteri.


Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini

Dalam pada itu, dia sempat menyelar tindakan sesetengah ahli politik yang seakan tidak sabar dengan keadaan semasa dalam memegang tampuk pemerintahan kerana negara dan rakyat masih bergelut dengan pendemik Covid-19 yang dilihat menunjukkan peningkatan.

“Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila malu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu malu sila check dengan Dewan Bahasa. Please.”

Setuju dengan Uncle Kentang

Sindirian Uncle Kentang itu telah mendapat perhatian warganet sehingga memperoleh 16 ribu tanda suka dan ratusan komen yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sukarelawan tersebut.

Tak sudah2…

Terbaiklah Uncle Kentang


#Sumber : OhMyMedia (sumber asal https://www.facebook.com/kuan.cheeheng) 

MR :  Orang baik memang tak suka orang jahat, yang jahat aje sokong orang jahat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Tulah akibat masuk ikut pintu belakang. Masa masuk ikut pintu belakang takde plak kau cakap berebut nak memerintah.. kene kat puak2 kau macam2 plak kau nak pusing.. aku dah lama dah kenal bangsa kau ni.. kau cuma akan sokong puak2 yg boleh senangkan hidup kau.. tak kiralah melayu ke.. cina ke.. india ke.. iban ke.. kadazan ke.. sekarang ni memang PN je yg boleh bagi kau kesenangan sbb diorang ni mudah cair dgn wang dan pangkat.. zaman PH dulu kau tak boleh main duit sgt.. haha.. lepas tu kau nak pengaruh melayu2 yg tak sedar2 ni supaya sokong kau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah PN memerintah tak ikut pintu belakang seperti yg penyokong pembangkang percaya bulat² kata² pemimpin pilihan mereka.

      Pelik betul dgn kepercayaan karut penyokong pembangkang. Sikit pun mereka tak nampak bahawa Mahathir yg letak jawatan, tapi PN pula yg dituduh masuk pintu belakang.
      Takde sorang pun yg bagi hujah tentang perbuatan Mahathir tu. Mereka seolah² cuba nak set mind bahawa PN masuk dengan cara tak ikut laluan yg betul dan normal. Padahal semua rakyat pun nampak, sebaik Mahathir letak jawatan barulah Muhyiddin mendapat undian majoriti (tipis) semasa disoal secara tertutup oleh Agong. Selang beberapa waktu, ada sokongan Muhyiddin yg beralih arah. Tapi itu tak boleh diambil kira. Kalau asyik nak ambil kira bilangan yg suka lompat² tak tentu masa ni, habis la negara jadi tak stabil. So, biarkan aja nombor tu. Tunggu aja PRU nanti.
      So, andaian Muhyiddin masuk ikut atap la, ikut pintu belakang la... hanya kepercayaan karut yg cuba dipercayai dan diyakini oleh pengikut pembangkang untuk melegakan hati mereka yg tak dapat terima kenyataan Malaysia bukan lagi di bawah tapak kaki PH.
      Rakyat pun dah sedar, kerosakan yg PH buat pada negara. Bukan soal duit sangat pun. Sebab ramai jer yg tak dapat sesen pun bantuan Covid19 tapi masih tetap bersyukur bukan PH yg pegang tampuk negara.
      Walaupun PN tak begitu sempurna, masalah masih berlambak. Tapi sekurang²nya rakyat rasa tenang sikit berbanding masa PH.
      Soal korupsi, rasuah bukan isu yg memberi kesan langsung pada rakyat. Bukan bermakna rakyat tak kisah. Tapi, sama ada mereka rasuah atau tidak, hidup rakyat tetap begitu juga. Tapi soal suara² racism yg mula meminta hak kesamarataan, mengkesampingkan hal agama Islam dan hak melayu, liberalism, puak² siti kassim & lgbt, peluang beli rumah kepada warga china, cubaan icerd, cubaan mengawal Islam oleh puak bukan Islam (atas nama kerajaan konon), bawa balik abu chin peng, dan macam² lagi. Mungkin penyokong pembangkang fikir ini isu kecil. TIDAK!!! Korang ni buta hati ker? Kesan buruknya jangka panjang ya!! Kesannya terkena langsung pada keseluruhan rakyat YA!! Merosakkan struktur masyarakat! Nak capai kemajuan KONON. Macam lah kemajuan hanya boleh dicapai dengan cara diorang jer. Nak capai kemajuan, tak perlu sampai nak menjatuhkan hak Islam dan Melayu. Macamlah negara ni langsung tak maju, langsung takde pembangunan, takde teknologi moden, takde perkembangan ekonomi, hidup pun macam zaman 50an 60an dulu. MENGARUT!
      Even ada jer perkara baik yg dibuat PH. Tapi kesan perkara buruk PH jauh lebih besar dan jangka panjang. Nasib baik Muhyiddin yg diundi lebih (sikiiit jer) berjaya dipilih oleh Agong dengan cara yg betul dan bermaruah (inilah yg pembangkang berusaha tak nak percaya, padahal hakikat sebenar).
      Masuknya barisan Muhyiddin selepas keluarnya barisan Mahathir. Bukannya semasa Mahathir dan kabinetnya masih berada dalam kerajaan ya! So, di mana yg dikatakan pintu belakang dan atap?
      Punyalah bersungguh penyokong pembangkang sekarang menanam kepercayaan karut pintu belakang ni. Bersungguh betul, hahahaha.....
      Cuba lah penyokong pembangkang buka minda dan hati tu sikit. Saya pun dulu, bukan penyokong Muhyiddin pun. Tapi, perkara logik macam ni, bukan susah untuk faham pun.
      Soal Muhyiddin khianat dan berpaling tadah tu, itu urusan kumpulan dia dulu. Takde kena mengena dengan rakyat. Rakyat cuma nak kerajaan yg stabil dan menjaga hak² yg telah termaktub.

      Padam
    2. Rakyat cuma nak guna pembangkang untuk pastikan kerajaan tak tersasar jauh dari landasan. Cukuplah PH jadi pembangkang shj sebab diorang ni bagus jadi pembangkang. Mana bangkangan yg baik, kami sokong. Mana yg buruk, kami sokong kerajaan. Tapi untuk menukar kerajaan kepada PH... OH TIDAK SAMA SEKALI!! CUKUPLAH 22 BULAN YG MENGARUT.
      Kenapa tak bagi peluang pada anuar? Mungkin dia pm yg lebih baik? OH NO!!
      Bukan sebab dia bekas banduan, bukan sebab kes lgbt dia. Mungkin betul dia buat, mungkin itu hanya konspirasi untuk menjatuhkan dia.
      Tapi, melihat kepada sikap dia dan pemikiran dia yg cenderung untuk bersikap tengah² antara dua isu bertentangan (terutama dalam hal Islam tanpa mengira hukum dan landasan ilmu), sering bertindak talam 2 muka, sering kelihatan menyokong sesuatu yg hanya memberi keuntungan peribadi, asyik mendesak diri diangkat jadi pm, dan pelbagai lagi yg membuktikan dia tidak patut diberi peluang pun. Siapa pm, bukan boleh dicuba². Kalau nak cuba, tunggu la PRU nanti. Lagipun tak lama pun lagi. Taknak la asyik bertukar². Kang jadi teruk macam 22 bulan tu, atau lebih teruk lagi. Cukup lah. Rakyat dah taknak sesak nafas memikirkan soal politik negara ni. Buat masa ini, rakyat rasa tenang skit. Rasa boleh bernafas. Alhamdulillah

      Padam
  2. PM tepi selamanya. Yg kak wan ni pun, isteri yg setia sungguh..!! Sanggup sokong pembohongan anwar. Yg si saifudin ni mmg dari dulu lg penjilat tegar anwar. Abe mat syabu dan ling guang eng x hadir masa sidang media tu sbb depa tau anwar kencing

    BalasPadam
  3. Betol tu uncle.Dia mana mau peduli hal rakyat,klu dia tak fikir belakang punya,dia fikir mau jadi PM.Semua golongan LGBT akan bertugas dlm PMO.Haeap harap pm tepi aje lah.

    BalasPadam
  4. Ya Muhyiddin Yassin sibuk dgn urusan keselamatan dan kesihatan rakyat tp Pak Nuar sibukkan diri angkat kerusi sana sini,nk sgt JD PM la katakn

    BalasPadam
  5. Kita tak boleh komen yg boleh menyingung hati kawan-kawan.

    Kononlah tiba-tiba permintaan Anuar Ibrahim itu dimakbulkan oleh Allah dan menjadi PM...

    Ada nanti rakan tutup muka limpas didepan Anuar Ibrahim. ��������

    BalasPadam
  6. Betul tu....reski org mane kita tau...entah 2 Anwar lagi bijak dari pada Pm Pm sblum ni....

    BalasPadam