Header Ads

ads header

Flash News

Warisan dan DAP pecat ahli yang bertanding calon bebas


Warisan memecat seorang ketua bahagiannya yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri Sabah.

Bekas ketua parti di Keningau Jake Nointin merupakan seorang daripada tujuh calon yang bertanding di Liawan, menentang calon rasmi Warisan Rasinin Koutis, PN, PBS, Usno, LDP, dan PCS.

Setiausaha Agung Warisan Loretta Padua mengumumkan pemecatan Jake dalam satu kenyataan malam tadi, dengan alasan perlembagaan parti melarang ahli bertanding melawan calon parti dalam pilihan raya atau tanpa izin.

Sementara itu, Basal Bullah telah dilantik sebagai pemangku ketua Warisan Bahagian Keningau.

Semalam, sekutu Warisan, DAP turut memecat ahli yang bertanding di bawah logo yang berbeza.

Julius Favianus, yang merupakan anggota DAP Bahagian Liawan diumumkan sebagai calon LDP di DUN Bingkor.

Dia bertanding melawan calon DAP, Odom @ Peter Dhoms Saili @ Soili, dan PN, PBS, Usno, dan PCS.

MR : Sikap tegas dalam gabungan perlu ada, PN, MN perlu belajar   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan