Header Ads

ads header

Flash News

2 Usul Undi Percaya, 25 Usul Undi Tak Percaya kepada PM


Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh dua anggota parlimen kerajaan

Sementara itu, 25 anggota parlimen pembangkang mengemukakan usul menentang perdana menteri berdasarkan draf Aturan Urusan mesyuarat pada sidang parlimen 2 Nov ini.

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan perkara itu tertakluk kepada perubahan.

"Parlimen akan menghantar salinan semua pertanyaan dan usul yang kami hantar (kepada Ahli Parlimen).

"Tetapi urusan mesyuarat itu tertakluk kepada perubahan selanjutnya. Ini hanya sebagai panduan," katanya kepada Malaysiakini.

Dua usul percaya yang menyokong Muhyiddin adalah dari Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh).

Sementara itu, usul tidak percaya dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad (Bebas- Langkawi) dan empat ahli parlimen dari partinya, tujuh anggota parlimen dari Warisan, Amanah (11), PKR (1) dan DAP (1).

Khalid Samad (Amanah- Shah Alam) dan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) masing-masing mengemukakan dua usul tidak percaya.

Usul tidak percaya yang pertama menurut Aturan Mesyuarat adalah dari sekutu Mahathir iaitu Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) di kedudukan nombor 18, diikuti oleh usul percaya oleh Zawawi.

Pada masa ini tidak mungkin Dewan Rakyat membahaskan usul ini.

Di bawah Peraturan Mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan terlebih dahulu - yang bermaksud rang undang-undang untuk undang-undang baru dan pindaan dari kerajaan didahulukan.

Dalam draf ketika ini, Dewan Rakyat ditetapkan membahaskan terlebih dahulu pindaan terhadap Akta Koperasi, diikuti rang undang-undang untuk membentuk Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan pindaan terhadap Akta Racun.

Rang undang-undang untuk membahaskan dan meluluskan Belanjawan 2021 dijangka akan ditambah kemudian dan kerajaan juga boleh menambah atau menarik balik rang undang-undang lain.

Perbahasan Belanjawan dijadualkan berlangsung dari 9 Nov hingga 10 Dis.

Dilaporkan ada rancangan untuk menolak rang undang-undang perbekalan sebagai alternatif kepada usul tidak percaya.

Pengkritik Muhyiddin mendakwa inilah sebabnya dia meminta pengisytiharan darurat.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menolak permintaan untuk melaksanakan darurat, sebaliknya menasihati anggota parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 dan memastikan ia diluluskan tanpa halangan.

MR :  Undi ini perlu selesai untuk tamatkan kemelut 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Dudok main lg dgn usul undi tak percaya ni. Semua nya jenis derhaka kpd perintah YDPA. Hukuman wajib digubal bg yg engkar drp mendengar perintah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mentang2 kerajaan tu puak2 ko suka. Kalu kerajaan tu bukan ko suka takdelah ko tulis cam ni.

      Padam
  2. Penganalisi dan pengkritik politik PM Muhyiddin letak isu Usul Undi Tak Percaya perihal bahas dan lulus Belanjawan 2021 yg belum lagi di bentang sebagai Fakta Utama kenapa PM usul Darurat 😁 MP plak sibuk nak pinda RUU akta itu ini. Depa punya palatao merujuk "Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menolak permintaan untuk melaksanakan darurat, sebaliknya menasihati anggota parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 dan memastikan ia diluluskan tanpa halangan"
    Tapi fakta sebenar Darurat wabak covid19 tolak tepi, janji isu PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak tidak dijadikan ISU POLITIK hangat. Apabila Sarawak bakal hadapi gelombang covid19....ada poin nak salahkan kerajaan PN lagi 🤔 hmmmm💭 (tak habis lagikah Puak2 Politikus nak main agenda propaganda politik)

    BalasPadam
  3. Kerusi PM di malaysia ini hanya milik Anuwar dari dulu kini dan selamanya. tolong pesan kepada anak cucu kita jangan ada yang bercita2 nak jadi PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksub kau anuwar lainlah, belum lahir kok, ada tak sesiapa akan beri nama anak anuwar akan menjadi potensi the next PM in waiting

      Padam
  4. Satu lagi helah politik.. kedua2 jenis usul undi ni seakan2 sama tapi tafsirannya akan dimanipulasikan nanti.. diharap juga nanti usul ni akan berjaya dibentangan secara serentak.. jgn buat asing2.. hari ni buat usul tak percaya lepas tu esok buat pulak usul percaya.. ade kemungkinan keputusan tak sama nanti selepas berlaku tawaran beli undi.. kalau buat serentak senang dan jelas keputusannya.. kalau nak lagi elok buat bentangan undi ni sebelum bentangan belanjawan.. baru bentangan belanjawan akan berjalan lancar kalau PN cukup sokongan..

    BalasPadam
  5. akan diulas siapakah dia 'usul undi tak percaya'

    BalasPadam
  6. Ssh betul jd PM mintak nyawa ni. Beli sokongan dgn cara agih habuan. Nasib ko la labu..

    BalasPadam