Header Ads

ads header

Flash News

3 Keadaan Darurat Politik Boleh Berlaku



Kuala Lumpur:
Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan.

Baginda akan mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri sama ada Kabinet sedia ada dikekalkan, ditukar atau pelantikan baharu dan keputusan akan dibuat mengikut kesesuaian pada hemat Seri Paduka.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan itu boleh berlaku apatah lagi dalam keadaan kerajaan mungkin meramalkan kesukaran untuk dapatkan kelulusan belanjawan yang dibentangkan di parlimen pada 6 November ini.

"Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan.

"Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, darurat boleh berlaku dengan tiga keadaan iaitu keselamatan dan keamanan awam, ketenteraman awam dan kesejahteraan ekonomi.

"Kalau ada elemen yang mendatangkan kemudaratan kepada aspek ini, keperluan kepada perlunya darurat mungkin timbul.

"Kabinet boleh mengesyorkan saja manakala proklamasi darurat akan dibuat Seri Paduka mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurutnya, persepsi mengatakan darurat akan menyebabkan pentadbiran diambil alih tentera perlu diperbetulkan kerana jentera kerajaan akan berjalan seperti biasa.

"Kita bukannya ada isu keselamatan dan ekonomi, ia cuma isu politik. Jadi pentadbiran akan berjalan seperti biasa dengan diketuai Seri Paduka yang mendapat nasihat daripada Kabinet."Sidang parlimen masih boleh berjalan seperti biasa, malah belanjawan juga boleh diteruskan. Atau yang kedua, Seri Paduka boleh menangguhkan sidang parlimen, namun perlu ada mekanisme lain untuk meluluskan belanjawan negara," katanya.

#Sumber :  MyMetro

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dicadangkan pada Tuanku supaya pengisytiharan darurat ini diteruskan dan memberi situasi menang2 kepada semua pihak.. ini penting bagi mewujudkan suasana aman dan kepuasan hati setiap pihak dikekalkan bagi semua parti2 politik dan juga semua lapisan rakyat.. dicadangkan supaya kerajaan PN ini dimansuhkan dan didirikan satu kerajaaan sementara baru yg terdiri dari semua blok parti yg mempunyai kerusi parlimen sehingga tiba saat yg sesuai utk PRU15.. PM sementara pula diberikan kepada MP yg mempunyai sokongan jumlah MP yg paling ramai.. ini memberi keadilan kepada setiap parti yg ada.. jemaah kabinet pula hendaklah berdasarkan jumlah kerusi yg mereka miliki dan juga atas dasar sentimen perkauman dinegara ini.. diharap cadangan ini mampu memberi persepsi baru kepada Tuanku yg telah tercalar sedikit kerana dilihat seolah2 bias pada parti Bersatu dan PN.. ape yg penting sekarang ialah membubarkan PN yg jelas tidak punya cukup sokongan dan berselindung dibalik pandemik covid19 dan melanggar prinsip asas demokrasi utk terus kekal memerintah sehingga mereka yakin mereka sudah punya sokongan rakyat yg cukup utk pilihanraya..

    BalasPadam
  2. Ini cadangan Darurat takut hilang jawatan...rakyat bakal sengsara dengan darurat politik.,sbb akan terus bergolak setiap sampai tempoh 6 bulan tamatnya tempoh Darurat.,akan terus menjadi bahan politik 6 bulan lagi "bersambung".

    BalasPadam