Header Ads

ads header

Flash News

354 kes baru, 6 Kematian dan 68 ada di ICU


Jumlah kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari ini adalah sebanyak 354 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham

Sementara itu, 68 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Enam korban melibatkan warganegara pula direkodkan di Sabah menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 152 kes.

Menurut Dr Noor Hisham dua kematian direkod di Hospital Tawau melibatkan lelaki berusia 54 (kematian ke-147) dengan latar belakang penyakit darah tinggi serta asma dan wanita berusia 58 tahun (kematian ke-150).

Katanya Hospital Semporna juga merekodkan dua kematian iaitu lelaki berusia 68 tahun (kematian ke-148) dan wanita berumur 57 tahun (ke-151) yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

“Hospital Queen Elizabeth turut melaporkan dua kematian, membabitkan wanita berumur 66 tahun (kematian ke-149) dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan batuk kering (PTB) serta lelaki berusia 64 tahun (ke-152) dengan penyakit bengkak kelenjar prostat (BPH),” katanya pada sidang media menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Bagi kes penularan dalam negara, beliau berkata 332 kes adalah warganegara dan 20 lagi merupakan rakyat asing.

“Daripada jumlah kes penularan dalam negara, 23 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah (terkumpul) kes dengan sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept kini sebanyak 324 kes,” katanya.

Dalam pada itu, 274 kes baru (77.4 peratus) yang dikesan di Sabah disebabkan pertambahan saringan di tujuh daerah di bawah PKPB.

Dr Noor Hisham juga berkata perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 14,722, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 3,863 kes.

Jelasnya, Sabah merekodkan jumlah kes harian baru paling tinggi dengan 274 kes berikutan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan, terutama di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

“Di Kedah hanya mencatatkan 10 kes susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok.

“Di Selangor sebanyak 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua kes,” katanya.

Kes sembuh sebanyak 188 menjadikan jumlah terkumpul kes sembuh sebanyak 10,707 kes.

MR :  Kes menjadi makin tidak stabil kerana sebarang tidak dijangka  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan